Buat Kemunculan Di China, Nyanyi Lagu Sumandak Sabah… Ramai Puji Bella Astillah – “She International! Rezeki Melimpah Ruah”

Nama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah terus menjadi perhatian di media sosial.

Terbaharu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella, 30, mencipta magis apabila muncul di sebuah festival muzik di China, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Bella memuat naik klip rakaman dia membuat persembahan dengan menyanyikan sebuah lagu berbahasa Cina dan lagu Sumandak Sabah.

Ternyata persembahan tersebut berjaya memukau penonton sekali gus menerima pujian daripada pengikut.

Sementara itu, Bella turut meluahkan rasa syukur dan bangga setelah membuat persembahan di negara tembok besar itu.

“Alhamdulillah selesai tugas di China. Sedikit clip untuk semua kesayangan di Malaysia!

“Terima kasih kesayangan semua yang selalu bagi support dan mendoakan Bella, Alhamdulillah.

“Im a proud Sabahan and proud Malaysian,” coret Bella.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian ibu kepada dua cahaya mata itu.

Netizen mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian Bella biarpun sedang berdepan kemelut rumah tangga bersama suami, Aliff Aziz.

Khairil Khusyairi