Tetap Dengan Pendirian, Erma Fatima Mohon Maaf Pada Warga Singapura – “Perbuatan Dia Tetap Jatuhkan Maruah Perempuan & Orang Seni”

Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima tampil memohon maaf kepada warga Singapura setelah namanya dikritik gara-gara didakwa sengaja ‘melaga-lagakan’ Malaysia dan Singapura.

Ia ekoran kenyataan peribadinya yang meminta wanita didakwa kekasih gelap aktor, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine ‘berambus’ dan menyelesaikan konflik antara mereka tanpa melibatkan mana-mana selebriti lain.

Erma atau nama lengkapnya, Fatimah Rahmad Ali bagaimanapun tetap dengan pendiriannya tidak bersetuju terhadap tindakan salah Sarah akibat mendedahkan aib golongan artis serta menjatuhkan maruah kaum wanita.

“Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Saya terima kalau ada yang tidak puas hati dengan kenyataan saya.

“Saya minta maaf kalau ia mengguris hati orang Singapura tapi saya tetap dengan pendirian perbuatan perempuan itu (Sarah Yasmine) menjatuhkan maruah orang seni dan maruah perempuan,” katanya.

Erma berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dibaca oleh pengacara Roslan Shah di siaran langsung (IG), semalam.

“Salam Lan, Erma minta maaf sebab peguam saya tak benarkan buat apa-apa kenyataan tentang isu ini.

“Yang pasti saya tidak bermusuh dengan warga Singapura, saya tidak suka dengan cara perempuan itu mengaibkan orang yang tiada kena mengena dalam kes Aliff.

“Tiada sebab saya nak bermusuh dengan orang Singapura, saya bawa masuk Aaron Aziz dan Adi Putra ke industri ini dan mereka diterima sebab kelakuan mereka baik,” katanya.

Sebelum ini, nama Erma hangat menjadi buah mulut ramai sehingga teruk dikritik akibat dia menyuruh Sarah untuk pulang semula ke Singapura selepas mencetuskan pelbagai kontroversi membabitkan artis tempatan.

Terdahulu, Sarah mendedahkan tangkap layar perbualan mesej naik antar Aliff dan selebriti, Ruhainies di Instagram miliknya sehingga mengejutkan ramai pihak.

Pada Mac lalu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat dalam sebuah kondominum mewah terletak di Ibu Kota, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Kenduri ‘Selak Kain’ Selebriti Malaysia, Erma Fatima Gesa Sarah Yasmine ‘Get Out’… Minta Artis Terpalit Kontroversi Buat Laporan Polis

Artikel Berkaitan: Tolong Hentikan Semua Ini! Erma Fatima Ajar Cara Buat ‘Report’ Polis? Netizen Berseloroh – “Tapi Kalau Kak Erma Ambil Artis ‘Bad Attitude Macam Ruhainies, Saya Boikot Cerita Tu”

Artikel Berkaitan: “Makin Banyak Bukti Dibongkarkan Hanya Tunjuk Kelemahan Diri Awak” – Iqram Dinzly Nasihat Sarah Yasmine, Henti Sebar Aib Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah

Artikel Berkaitan: Meerqeen Kantoi ‘Check In’ Hotel? Sarah Yasmine Tunjuk Bukti… Dakwa Curang Dengan Anna Jobling

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine ‘Spill The Tea’, Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz & Ruhainies Kutuk Produk Kecantikan – “B*bi Untuk B*bi”

Sumber: Harian Metro

Aqilah Paharuzi