Categories: Trending

Simpati Dengan Nasib Rakan Artis, Marsha Titip Pesan Untuk Bella Astillah – “Keep Your Circle Small”

Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan meluahkan rasa simpati terhadap kemelut rumah tangga rakan artis, Bella Astillah dan Aliff yang masih tidak menemui titik noktahnya.

Menurut Marsha, dia menyifatkan Bella seorang wanita yang sangat kuat dalam mengendalikan masalah rumah tangganya.

“Mengenali Bella, saya rasa dia adalah seorang yang sangat kuat. Saya pasti bukan sahaja Bella, ramai juga pernah terlibat dalam situasi yang sama.

“Jadi bagi saya, ini adalah salah satu pengalaman hidup yang Allah nak uji dan duga kita. Itulah pentingnya untuk kita mendekatkan diri lagi dengan Allah. Sebab itu sahaja yang buatkan kita kuat,” katanya.

Sementara itu, Marsha juga sempat menitipkan pesanan kepada Bella, namun lebih selesa untuk tidak mengulas lanjut tentang isu tersebut.

”Bagi saya, keep your circle small. Bersamalah dengan orang-orang yang boleh memberi motivasi dan memahami keadaan kita.

“Just keep quiet, tak payah kita nak beria-ria libatkan diri. Sebab saya rasa diri kita sendiri pun banyak perkara yang perlu diselesaikan. Itu di antara mereka sahaja,” jelasnya.

Dalam pada itu, Marsha juga mengakui dia sangat bersyukur dikurniakan suami yang penyayang dan memahami kerjayanya.

“Suami saya sangat baik orangnya. Dia tak pernah buat saya rasa curiga walaupun saya selalu keluar bekerja tapi dia tetap memahami.

“Dia banyak bagi semangat dan nasihat. Dia pun selalu memberikan suntikan positif kepada saya yang bergelar isteri dan penyanyi ini,” katanya.

Fatin Nurain