“Sweetnya…Indahnya Perkahwinan Apabila Saling Melengkapi” – Peminat Kagum Dengan Neelofa & Haris

Perkongsian selebriti dan usahawan popular, Neelofa menjadi perhatian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor memuat naik sebuah foto bersama suaminya yang juga pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz.

Dalam perkongsian tersebut, ibu kepada dua cahaya mata itu berkongsi foto mesra bersama suami tercinta bersempena hari ulang tahun kelahiran Haris.

Malah, bekas pengacara program popular TV3, Nona itu turut memberi ucapan istimewa buat Haris di ruangan kapsyen.

“Imamku, kunci syurgaku. Thank you for everything sayang.

“Moga Allah berikan kebaikan dalam segala hal dunia akhirat,” tulis Neelofa.

Ternyata perkongsian Neelofa itu membuat ramai senang dengan kebahagiaan yang dikecapi Neelofa bersama keluarga kecilnya kini.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberikan pelbagai reaksi dengan mengangumi kehidupan Neelofa.

Malah, ada juga yang memuji pasangan sama cantik sama padan itu sangat comel dan manis.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Kini perkahwinan mereka diserikan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 2, dan Abbas Abdullah, 1o bulan.

Khairil Khusyairi