Categories: HiburanTrending

Kongsi Foto Bersama… Peminat Happy Lihat Fazura & Rizman Ruzaini

Pelakon jelita Fazura tampil memuat naik fotonya bersama pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini ketika menghadiri sebuah majlis, baru-baru ini.

Perkongsian tersebut telah dimuat naik oleh Fazura dalam sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Difahamkan, itu merupakan gambar pertama mereka selepas sekian lama tidak kelihatan bersama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa teruja dan rindu melihat mereka kembali bersama.

Terdahulu, pasangan pereka fesyen itu menafikan bahawa mereka bergaduh dengan aktres tersebut dek kerana jarang kelihatan bersama.

Fatin Nurain