Categories: Trending Hari Ini

Pengarah Animasi Tom & Jerry Meninggal Dunia, Sempat Selfie Sebelum “Pergi”

Pengarah animasi popular Tom & Jerrry Gene Deitch dilaporkan telah meninggal dunia secara mengejut di kediaman miliknya di Prague.

Menurut laporan Metro.Uk, kematian Gene pada usia 95 tahun telah disahkan sendiri oleh penerbitnya dari Czech, Petr Himmel.

Gene atau nama sebenarnya, Eugene Merrill Deitch dikenali ramai menerusi pelbagai animasi popular yang diciptanya. Selain Tom & Jerry, Gene juga merupakan pencipta watak animasi lain seperti ‘Munro’, ‘Tom Terrific’, ‘Nudnik’ dan paling popular, ‘Popeye’.

Untuk pengetahuan, mendiang pernah bekerja sebagai pelukis untuk Penerbangan Amerika Utara selepas tamat belajar sebelum dilantik sebagai tentera dan memasuki latihan juruterbang. Selain itu, mendiang juga pernah dicalonkan untuk menerima penghargaan yang sama sebanyak dua kali pada tahun 1964 untuk ‘Here Nudnik’ dan ‘How to Avoid Friendship’.

Sempat selfie sebelum “pergi”

Sebelum meninggal dunia, mendiang Gene sempat merakamkan swafoto dirinya semasa menjalani kuarantin di rumah baru-baru ini. Namun ahli keluarga Gene telah mengesahkan bahawa kematian Gene bukanlah disebabkan wabak Covid-19.

Rest in peace, Gene.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover