Kenduri ‘Selak Kain’ Selebriti Malaysia, Erma Fatima Gesa Sarah Yasmine ‘Get Out’… Minta Artis Terpalit Kontroversi Buat Laporan Polis

“Seorang perempuan, kecewa, loser, ditinggalkan kekasih orang luar (orang Singapura), masuk ke dalam negara aku, buat kenduri selak kain semua orang raikan!”.

Demikian luahan pelakon, pengarah, penerbit dan penulis skrip popular, Erma Fatima apabila dia berasa kurang senang dengan tindakan wanita asal Singapura yang sebelum ini mengaku sebagai kekasih gelap, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.

Kata Erma ketika ditemui pemberita, sejak kebelakangan ini, maruah industri hiburan tanah air bagaikan tercalar apabila wanita itu tampil dengan pendedahan demi pendedahan membabitkan skandal selebriti tempatan.

Lebih memalukan, pendedahan bukti itu adalah bertujuan untuk membuka aib artis-artis negara kita.

Justeru, tidak mahu nama pelakon Malaysia terus ‘busuk’, pemilik nama Fatimah Rahmad Ali berpendapat, adlaah lebih baik Sarah Yasmine keluar dari negara ini dan selesaikan masalah yang timbul bersama Aliff Aziz di Singapura.

Malah, Erma juga turut mencadangkan agar Ruhainies, Sophia Albarakbah dan juga Meerqeen membuat laporan polis untuk menghentikan perbuatan Sarah dari terus ‘melondehkan’ aib mereka.

“Dia orang luar! Dia masuk ke dalam negara aku selak kain artis-artis Malaysia. Sedangkan masalah kau adalah dengan artis negara kau. Balik negara kau! selesaikan dekat negara kau. Jangan jatuhkan maruah orang dekat dalam negara aku. Kedua, Ruhainies, Sophia Albarakbah pergi keluar dan buat report.

“Buat report polis untuk stop her! You have rights to do that! Tak kisahlah kau ada skandal ke? Kau penyondol ke? You have all rights to stop her and fight for it.

“Orang luar ni datang, menyelak kain orang kita, industri kita… hancur! Dan ketiga, mana Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC)? Apa yang kementerian buat untuk stop  satu orang luar masuk dalam industri kita dan hancurkan industri kita. Itu sangat saya marah,” ulasnya.

Erma berkata demikian ketika ditemui pada majlis Close Up X Barisan Pelakon Drama Lelaki Itu yang berlangsung di Hadramawt Kitchen, Ampang, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, teraju utama drama rantaian Mak Cun ini juga memberi amaran, apabila melarang Sarah Yasmine untuk masuk ke Malaysia semata-mata mahu menghancurkan industri seni tempatan sekaligus, menggesa pihak berwajib agar mengambil tindakan sewajarnya bertujuan menyiasat kes kontroversi tular tersebut.

“Saya faham perasaan dia… kecewa, marah, ditipu, ditinggalkan kekasih setelah memberikan segala-galanya. Semua perempuan akan merasa itu. Tapi don’t come to my country and destroy my industry! Itu salah.

“So, saya tidak mahu Sophia jadi mangsa. Saya tak peduli dia ada skandal ke? Dia tak ada skandal ke? Itu belakang cerita. itu dia solved lah problem dia dengan Bella ke siapakah…tetapi bukan ini cara dia.

“Saya harap, kenduri selak kain ini akan dihentikan.Saya minta MCMC do something about this. Kita ada akta, kalau kita boleh stop video klip Aliff Syukri, kalau boleh panggil say adan Zul Ariffin untuk investigate tentang Perempuan Itu, kenapa kita tak boleh buat benda ni?

“Dia orang luar (Sarah Yasmine). Dia bukan orang industri kita. So, settle dekat luar. Berambus, keluar daripada Malaysia kau pergi selesaikan masalah kau sebab kedua-duanya orang luar jadi tak payah nak selak kain artis-artis Malaysia. It is too much!

“Kenapa kita nak raikan orang luar yang datang memberi onar kepada industri,” katanya.

Tidak habis disitu, Erma turut mempersoalkan tindakan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz sekaligus menyeru agar aktor itu tampil memberikan kenyataan dan tidak lari daripada kontroversi panasnya.

Bahkan, Erma mengaku, Aliff juga mempunyai hak untuk turut sama membuat laporan polis dan melarang Sarah dari terus melakukan perbuatannya itu.

“Aliff be gentlemen! Dalam bahasa yang kurang baik ‘kalau kau ada ******’… kau keluar! Kau jangan duduk dan senyapkan diri kau.

“Setelah kau buat benda ni semua, kau duduk diam-diam, cuci tangan? Keluar. Dan, you have all rights to stop her! Kalau kau report polis, kau ada rights to stop her and do it. Kenapa kau hilang?,” soalnya.

Terdahulu,  Sarah bertindak mendedahkan satu persatu aib mengaitkan beberapa nama artis popular tanah air seperti, Ruhainies, Caprice, Sophia Albarakbah, Tom, Fuad Rahman dan juga Meerqeen menerusi beberapa tangkap layar WhatsApp yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Pendedahan itu sekaligus mengejutkan ramai pihak termasuklah industri hiburan tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN:Meerqeen Kantoi ‘Check In’ Hotel? Sarah Yasmine Tunjuk Bukti… Dakwa Curang Dengan Anna Jobling

ARTIKEL BERKAITAN:Tolak Dakwaan Jadi Peminat, Sarah Yasmine Dedah Tak Suka ‘Attitude’ Meerqeen – “Dia Macam Sophia Kan? Cari Tapi Saya Tak Layan”

ARTIKEL BERKAITAN:Label Aktres Acah ‘Bidadari’… Sarah Yasmine Minta Sophia Albarakbah Henti Putar Belit Cerita – “Sekarang Ni Dua-Dua Nak Jadi Penipu!”

ARTIKEL BERKAITAN:Dakwa Masih ‘Contact’ Hingga Mac, Sarah Yasmine Dedah Sophia Albarakbah Guna Akaun Palsu ‘Layan’ Aliff Aziz?

ARTIKEL BERKAITAN:”Kau Dah Kutuk Aku, Mengata, Mencaci Sebab Nak Save P*nt** Kau Sendiri”- Sarah Yasmine Gelar Ruhainies Delusional, Masih Aktif Hantar DM Ajak Bersemuka

ARTIKEL BERKAITAN:Sarah Yasmine Gelar Aliff Aziz & Ruhainies Hipokrit! Kesal Ibu Dihina Gara-Gara Backup Anak – “Mak Awak Dikecam Sebab Percayakan Anak Lelaki Dia”

ARTIKEL BERKAITAN:Sarah Yasmine Dedah Caprice ‘Dalang’, Siap Susun ‘Plan’ Untuk Aliff Aziz & Ruhainies – “Semua Benda Datang Dari Dia”

ARTIKEL BERKAITAN:Sarah Yasmine ‘Spill The Tea’, Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz & Ruhainies Kutuk Produk Kecantikan – “B*bi Untuk B*bi”

Salma Syahbuddin