Categories: Trending

“Saya Hanya Follow The Flow Sahaja” – Mimi Lana

“Saya tak mahu cakap berulang-ulang kali benda ini, kalau saya bercakap banyak kali tentang perkara ini benda itu jadi tidak seronok,” tegas aktres Mimi Lana yang enggan mengulas tentang hubungannya dengan aktor, Syafiq Kyle.

Menurut Mimi, dia lebih selesa menyerahkan soal jodohnya kepada Sang Pencipta.

“Namun, apa yang saya boleh katakan, ini semua kerja Tuhan. Insya-Allah, saya hanya ‘follow the flow’ (ikut aturan) sahaja,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Mimi juga mengakui hubungannya dengan Syafiq masih baik meskipun sudah berpisah.

Tambah Mimi, dia sempat mengirimkan doa kepada pelakon itu ketika menunaikan ibadah umrah, baru-baru ini.

“Alhamdulillah, saya pun ada bercakap dengan dia tolong doakan saya di sana. Dia doakan saya dan saya pun selalu mendoakan dia,” jelasnya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Mimi ketika ditemui di sidang media dan tayangan drama Astro Original Framed di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Pada 11 Ogos lalu, Mimi dan Syafiq dikhabarkan telah membatalkan majlis pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos 2023.

Namun, sehingga kini mereka enggan berkongsi punca majlis itu dibatalkan.

Fatin Nurain