Categories: Gaya Hidup

4 Trik Kupas Bawang Putih Dengan Cepat. Mana Satu Pilihan Anda?

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dan pastinya pada saat ini, semua orang kini sedang sibuk membuat persiapan raya di saat-saat akhir.

Bagi kaum wanita pula, semestinya dapur menjadi lokasi utama anda sehari sebelum raya. Rata-ratanya sibuk menyediakan persiapan juadah hari raya untuk disajikan kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah di pagi raya.

Menu seperti kuah kacang, rendang, ketupat, lontong dan sate daging merupakan antara juadah wajib setiap kali tibanya Syawal.

Banyak perkara perlu disediakan untuk menyediakan hidangan tersebut seperti mengupas kulit bawang merah dan putih, halia, lengkuas, cili, memotong daging dan ayam serta banyak lagi.

Hijab & Heels kongsikan kepada anda trik mudah dan cepat untuk mengupas kulit bawang putih bagi memudahkan kerja anda di dapur. 

Ada beberapa cara yang boleh diikuti, malah turut dinyatakan pros dan cons bagi setiap satu trik tersebut. Jadi, terpulang kepada anda untuk memilih cara yang mana satu.

Jom, tengok video di bawah.

Sumber video: Youtube Tasty

Ad Ops