Categories: Gaya HidupSponsored

SAYS Lancar Kempen Literasi Kewangan Bantu Generasi Muda Uruskan Wang

Portal media digital, SAYS melancarkan kempen literasi kewangan ‘Make It Make Cents’ dalam memperkasakan dan mendidik orang ramai tentang pengurusan kewangan

‘Make It Make Cents’ bertujuan untuk menyambung kesenjangan dalam pengetahuan kewangan, melengkapi individu dengan alat yang diperlukan untuk membuat keputusan yang berinformasi tentang pengurusan wang.

Kempen ini akan merangkumi tiga tonggak utama iaitu cara membuat wang, menyimpan wang, dan melabur wang, serta menjalankan ciri-ciri eksklusif tentang rakyat Malaysia yang telah berjaya dalam bidang keusahawanan dan pengurusan wang.

Kempen yang belangsung sehingga 31 Mei itu akan menyiarkan pelabagi artikel, video, dan kandungan media sosial dalam sebuah laman web khas.

Melalui siri kandungan yang menarik dan mudah diakses, SAYS akan berkongsi tentang pengurusan kewangan dan memberikan nasihat praktikal yang boleh digunakan oleh semua orang.

 “Make It Make Cents” akan menampilkan Kalkulator Kekayaan Bersih iaitu faedah tambahan kepada orang ramai untuk mengira kekayaan bersih mereka dengan alat khas yang terdapat di laman web secara percuma.

SAYS juga menerbitkan Artikel Komprehensif yang meliputi pelbagai topik seperti penyusunan bajet, penghasilan pendapatan, dan pengurusan hutang.

Wawancara Eksklusif turut diadakan apabila perkongsian pakar dalam bidang ini seperti usahawan, pelabur, dan  pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang menekan isu-isu kewangan yang rumit, supaya orang ramai dapat mengikuti jejak orang-orang yang telah berjaya.

Paparan Video Maklumat yang berformat pendek akan memecah konsep-konsep kewangan yang kompleks menjadi kandungan yang mudah difahami semua. 

Lebih menarik, SAYS turut berkongsi Kandungan Media Sosial seperti infografik, tinjauan pendapat, galeri, dan lain-lain lagi di TikTok, Instagram, Facebook, Twitter, WhatsApp, Threads, dan Telegram.

Dalam pada itu, Ketua Projek, Sukhbir Cheema, berharap kempen ini dapat menyampaikan pengetahuan kewangan kepada pembaca.

“Melalui kempen kami, kami berharap untuk menyampaikan kewangan peribadi kepada pembaca kami dalam cara yang menyeronokkan, menarik, dan informatif.

“Kami percaya bahawa lebih ramai rakyat Malaysia yang dilengkapi dengan kemahiran kewangan peribadi akan membuka jalan ke arah Malaysia yang kukuh dari segi ekonomi pada masa depan,” katanya. 

Kempen literasi kewangan Make It Make Cents sejajar dengan misi SAYS untuk memberdayakan individu dengan pengetahuan yang boleh memberi impak positif kepada kehidupan mereka.

SAYS menjemput orang ramai untuk menyertai kempen ini, mengikuti kemas kini di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #MakeItMakeCents, dan memulakan perjalanan ke arah pemberdayaan kewangan.

Untuk maklumat lanjut tentang Make It Make Cents, layari https://says.com/makeitmakecents/

Khairil Khusyairi