Individu Wanita Pertikai Tindakan Puteri Sarah Jadi ‘Tempat’ Mengadu Bella Astillah,  Patimah Ismail Tampil Back Up – “So What?”

Selepas kontroversi rumah tangga pasangan pelakon, Bella Astillah dan Aliff Aziz kembali tular, pelakon sensasi Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin antara rakan selebriti yang sudi menghulurkan bantuan.

Malah, sebelum ini Sarah ada berkongsi menerusi Instagram Story nya memaklumkan, dia bersedia menjadi tempat mengadu dan meluahkan perasaan sekiranya Bella memerlukan teman menghadapi kemelut rumah tangganya.

“Kepada sahabat saya Bella, awak ada ketika saya perlukan bahu untuk menangis.

“Jadi, saya di sini sekiranya awak perlukan saya,” katanya.

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian XTRA di sebuah portal hiburan popular, terdapat individu wanita yang tampil mempertikaikan tindakan murni yang ditunjukkan aktres itu.

“Dia ni siapa? Semua dia tahu cerita awal sampai akhir. Mana-mana artis yang terlibat kes macam ni dia akan muncul,” komen individu berkenaan.

Sedar dengan komen yang ditinggalkan, bekas ibu mentua Sarah iaitu Datin Patimah Ismail kelihatan tidak berdiam diri sekaligus tampil memberikan komen balas terhadap hantaran berkenaan.

“SO WHAT? Jaga ibu sendiri dulu ye,” balasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menitipkan pesanan agar Sarah memberikan ruang kepada Bella untuk menyelesaikan sendiri masalah rumah tangganya.

Terdahulu, pada 9 Mac lalu, media melaporkan Aliff Aziz sebagai selebriti berstatus suami orang dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat dan bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.

Salma Syahbuddin