Terima Mas Kahwin RM3,000… Afifah Nasir Sah Bergelar Isteri Kepada Syed Hariz

Pelakon, Afifah Nasir selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Syad Hariz pada jam 4 petang, Ahad.

Memetik laporan mStar, bapanya, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim menajdi wali kepada pernikahan puterinya itu yang dijalankan secara tertutup.

“Alhamdulillah, baru selesai tadi.. Saya sendiri menjadi wali pernikahan anak saya.

“Majlis pernikahan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak,” katanya.

Majlis resepsi kedua mempelai ini akan diadakan pada sebelah malam di hotel terkemuka terletak di ibu negara.

Dalam Majlis tersebut, Afifah menerima mas kahwin sebanyak RM3,000 tunai berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki.

Artikel Berkaitan: “How Would You Like To Be Mrs. Hariz?” – Dilamar Kekasih, Afifah Nasir Bakal Tamat Zaman Bujang Tahun Ini?

Sumber: mStar

Aqilah Paharuzi