“Hanya Dia Yang Buat Saya Sempurna” – Sekian Lama Tak Berhubung Dengan Isteri, Ini Luahan Hati Aliff Aziz Pada Bella Astillah

Setelah lebih 40 hari tidak berkomunikasi, pelakon, Aliff Aziz tampil meluahkan isi hatinya yang terbuku selama ini kepada isteri, Bella Astillah.

Menerusi temu bual bersama The Common Folks, Aliff mengucapkan terima kasih kepada Bella atas kesabarannya dalam rumah tangga mereka serta pengorbanannya melahirkan dua cahaya mata.

“Sejak benda ni berlaku, saya belum dapat bercakap dengan awak lagi. Bukan tak nak, tapi saya takut of how i would feel and bring it back to a time filled with regret.

“Thank you for the years of marriage, the years of love, thank you for giving birth to two beautiful children for me.

“If this is the last thing that I could tell my wife is that thank you so much for the all the love, patience that she bore, care, children that she gave,” katanya.

Sementara itu, Aliff turut mengakui hanya Bella yang mampu membuat dirinya sempurna dan lengkap, namun kekhilafan dirinya membuatkan aktor ini kehilangan wanita yang selama ini mencintainya setulus hati.

“Sejujurnya, tiada siapa yang boleh membuat saya rasa lengkap, sempurna seperti dia cuma saya tak pandai menghargai, ambil mudah sehingga saya kehilangan dia.

“Saya minta maaf atas segala kesakitan yang saya dah lakukan sepanjang perkahwinan kita dan saya harap awak juga dapat maafkan saya.

“At this point of no return, saya kena hadap kenyataan yang saya mungkin akan hilang keluarga saya selamanya,” katanya.

Terdahulu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominum mewah pada 9 Mac lalu.

Susulan itu, Bella memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Bagaimanapun, Aliff enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes itu pada 4 April lalu atas alasan masih menyayangi isterinya.

Kemudian, muncul pula foto-foto mesra dan mesej antara Bella dan Muaz yang didakwa turut berlaku curang.

Bella bagaimanapun mengakui dia menjalinkan hubungan cinta dengan Muaz sejak Oktober lalu demi membuat suaminya cemburu.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila wanita mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff, Sarah Yasmine mendedahkan perbualan mesej antara Aliff dan individu bernama ‘NRF’.

Artikel Berkaitan: “Perkara Dah Selesai Kenapa Ungkit Lagi? Be Gentleman!” – Muaz Zabir Bengang, Ajak Aliff Aziz Bersemuka

Artikel Berkaitan: “Ini ke Tanda Orang Nak Bercerai?” – Bersungguh Bella Astillah Hargai Aliff Aziz… Tulis Surat Cinta, Beli Kasut Sedondon & Bunga Sempena Birthday

Artikel Berkaitan: Bongkar Bukti Perbualan, Didi Astillah Dakwa Penjelasan Aliff Aziz Di Podcast Dirancang Bersama Ruhainies Untuk Jatuhkan Bella Astillah – “Dia Berubah Sejak Mereka Shooting”

Artikel Berkaitan: Sering Persoal Diri Sendiri Kenapa Selalu Curang, Aliff Aziz Akui Perlu Dapatkan Bantuan Pakar – “Mungkin Saya Akan Hilang Keluarga Buat Selamanya”

Artikel Berkaitan: “Kalau Dapat Putar Balik Masa, Saya Tak Akan Cerita” – Hubungan Dengan Ruhainies Berputik Selepas ‘Curhat’ Masalah Rumah Tangga, Aliff Aziz Akui Menyesal

Artikel Berkaitan: Sikap Bella Astillah Mula Berubah, Terdetik Nak Periksa ‘Archive Chat’… Aliff Aziz Bongkar Malam Kejadian Isteri ‘Kantoi Curang’ – “Hati Saya Remuk, Tapi Ini Kifarah”

Artikel Berkaitan: “Saya Rasa Takut Nak Dengar Suara Dia, Tak Tahu Nak Mulakan Perbualan Macam Mana” – Lebih 40 Hari Aliff Aziz Tak Berhubung Dengan Bella Astillah & Anak-Anak

Artikel Berkaitan: “Saya Hanya Menjadi Pendengar Keluhan Bella Astillah” – Muaz Zabir Mengaku Silap, Tiada Niat Runtuhkan Rumah Tangga Rakan Artis

Artikel Berkaitan: “Saya Rasa Takut Nak Dengar Suara Dia, Tak Tahu Nak Mulakan Perbualan Macam Mana” – Lebih 40 Hari Aliff Aziz Tak Berhubung Dengan Bella Astillah & Anak-Anak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Marah, Kebencian & Penyesalan”

Artikel Berkaitan: Ruhainies Sedih Skrip & Jalan Cerita Drama Lakonan Bersama Aliff Aziz Seakan Sama Dengan Kontroversi Dihadapainya Kini – “Tak Pasti Kebetulan Atau…”

Aqilah Paharuzi