Syasya Akhirnya Tampil Bersuara Mengenai Keputusan Keluar Dolla

Bekas anggota Dolla, Syasya Rizal tampil bersuara berhubung keputusannya untuk keluar daripada kumpulan tersebut.

Menerusi perkongsian si Instagram, Syasya mengakui dirinya turut terluka dan banyak mengguris hati peminat yang selama ini tidak henti memberi sokongan.

“Saya tahu keputusan yang dibuat ini sedikit sebanyak buat ramai keliru, marah dan mungkin terguris.

“Sejujurnya, luka itu lebih besar untuk diri saya sendiri kerana perlu menerima dan melalui ketentuan ini.

“Takdir telah tertulis bahawa saya perlu membuat keputusan di saat paling sukar demi kelangsungan hidup,” katanya.

Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, berkata dia akan sentiasa memberi sokongan kepada Dolla meskipun sudah tidak lagi bersama.

“Untuk Dolla pula, saya sentiasa sokong mereka sejak permulaan kerjaya lagi.

“Dolla segalanya untuk saya dan it is something precious that i really treasure.

“Impian untuk Dolla melangkah ke pentas antarabangsa masih saya sematkan dalam jiwa walaupun sudah tidak bersama Dolla lagi,” tulisnya.

Sekadar info, Dolla mula mengorak langkah dalam industri seni menerusi album pertama berjudul Make You Wanna.

Dolla ditubuhkan pada 2019 dan dianggotai oleh Angel, Sabronzo, Tabby dan Syasya melalui sesi uji bakat dan mereka tidak mengenali satu sama lain ketika itu.

Pada April lalu, Syasya mengumumkan dia telah menarik diri dari Dilla atas sebab peribadi.

Susulan itu, Syasya mengejutkan ramai apabila dia memuat naik foto majlis pernikahan bersama pilihan hati pada 20 April lalu.

Artikel Berkaitan: Dolla Akhirnya Beri Respons Pengunduran Syasya, Pihak Pengurusan Maklum Tak Guna Pakai Kontrak Halang Artis Dibawah Naungan Berkahwin

Artikel Berkaitan: Individu ‘Bitter’ Syasya Rizal Buat Keputusan Untuk Kahwin & Tinggalkan Dolla – “Hope It’s Worth It Choosing A Guy Over Fans”

Artikel Berkaitan: Lerai Spekulasi, Syasya Dolla Sah Nikah… Perkahwinan Antara Faktor Utama Undur Diri Daripada Kumpulan

Aqilah Paharuzi