“Kita Jumpa Kat IJN Nanti” – Trend Makan ‘Kurma Butter’, Awal Ashaari Berseloroh Jangan Bising Kalau Baju Raya Tak Muat

Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari memberi pandangannya mengenai trend makan kurma bersama mentega asli di bulan Ramadan tahun ini.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, suami kepada aktres jelita, Scha Alyahya ini memuat naik foto kurma sedia terhidang disalut bersama butter.

Dalam hantarannya itu, Awal seolah-olah memberi pesanan untuk berpada-pada dalam pengambilan trend makan kurma bersama butter itu.

“Kita jumpa di Institut Jantung Negara (IJN) beramai-ramai beberapa tahun nanti.

“Raya nanti kalau baju raya tak muat, sampin tak boleh ikat.. Ingatlah momen ini,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan media sosial, rata-rata netizen memberi pandangan mereka mengenai trend makan kurma butter ini.

Ramai dalam kalangan mereka menyatakan pemakanan kurma bersama butter tidak boleh berlebihan dan disarankan makan sebanyak tiga biji sahaja.

Tidak terkecuali, pendakwah Ustaz Don turut menyokong pengambilran kurma butter yang dipercayai dapat mendorong sebar sunah-sunah Rasulullah SAW.

Artikel Berkaitan: “Nak Cari Bukti Tak Ada Siapa Layan” – Awal Ashaari Menangis Terkenang Cincin Kahwin Kena Curi Di Milan

Artikel Berkaitan: “Influencer Pun Habiskan Pengajian…” – Awal Ashaari Selar Pendapat Penyanyi Anggap Sekolah Tak Penting

Aqilah Paharuzi