“Perkara Dah Selesai Kenapa Ungkit Lagi? Be Gentleman!” – Muaz Zabir Bengang, Ajak Aliff Aziz Bersemuka

“Kenapa dia masih tak puas hati?” demikian kenyataan pelakon, Muaz Zabir yang berang apabila namanya kembali dikaitkan dengan kemelut rumah tangga aktor, Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Muaz berkata konflik curang bersama isteri aktor berkenaan sudah selesai apabila dia dan Aliff sudah mencapai kata sepakat pada November 2023.

“Takkan selama ini saya bercakap dengan hantu? Saya memang ada berhubung dan boleh tunjuk dia maki hamun saya sebelum kami mencapai persefahaman.

“Bagi saya, isu ini sepatutnya sudah lama selesai. Kenapa dia masih tidak puas hati dan tak perlulah nak hebahkan di media sosial. Tak gentleman! Dia ada nombor saya, kan?

“Dia sendiri minta saya jangan kecohkan perkara ini hingga kami sudah membuat perjanjian supaya hal ini tidak didedahkan kepada orang lain, tapi lain pula yang jadi.

“Saya sudah minta maaf November tahun lalu dan sepatutnya perkara ini tidak patut diungkit,” katanya.

Sementara itu, Muaz berkata dia tidak gentar sekiranya Aliff ingin membuat laporan polis mengenai hubungan istimewanya bersama Bella kerana dia mempunyai bukti kukuh bahawa hal tersebut sudah selesai.

Malah, Muaz juga mendakwa Aliff dan Ruhainies mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan dia dan Bella berdasarkan pendedahan mesej yang didedahkan oleh adik Bella, Didi Astillah baru-baru ini.

“Kalau dia nak buat laporan polis atau membawa kes ini ke mahkamah mengenai isu saya dan Bella, saya juga ada bukti kami sudah selesaikan perkara ini dengan cara baik.

“Terbaharu menerusi pendedahan Didi kita semua melihat perbualan dia dan NRF mengenai sudah tiada peluru untuk menyelamatkan diri.

“Mereka ada peringkat untuk jatuhkan kami, sudag-sudahlah, saya dah minta maaf. Saya pun dah tarik diri daripada kemelut ini. Apa lagi yang dia tak puas hati?,” katanya lagi.

Pada 3 Mei lalu, Aliff mendedahkan sikap isterinya, Bella Astillah mula berubah selepas menjalinkan hubungan sulit dengan Muaz.

Dalam podcast sama juga, Aliff turut mempersoalkan tindakan Muaz yang mengganggu wanita berstatus isterinorang.

Terdahulu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominum mewah pada 9 Mac lalu.

Susulan itu, Bella memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Bagaimanapun, Aliff enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes itu pada 4 April lalu atas alasan masih menyayangi isterinya.

Kemudian, muncul pula foto-foto mesra dan mesej antara Bella dan Muaz yang didakwa turut berlaku curang.

Bella bagaimanapun mengakui dia menjalinkan hubungan cinta dengan Muaz sejak Oktober lalu demi membuat suaminya cemburu.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila wanita mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff, Sarah Yasmine mendedahkan perbualan mesej antara Aliff dan individu bernama ‘NRF’.

Artikel Berkaitan: “Ini ke Tanda Orang Nak Bercerai?” – Bersungguh Bella Astillah Hargai Aliff Aziz… Tulis Surat Cinta, Beli Kasut Sedondon & Bunga Sempena Birthday

Artikel Berkaitan: Bongkar Bukti Perbualan, Didi Astillah Dakwa Penjelasan Aliff Aziz Di Podcast Dirancang Bersama Ruhainies Untuk Jatuhkan Bella Astillah – “Dia Berubah Sejak Mereka Shooting”

Artikel Berkaitan: Sering Persoal Diri Sendiri Kenapa Selalu Curang, Aliff Aziz Akui Perlu Dapatkan Bantuan Pakar – “Mungkin Saya Akan Hilang Keluarga Buat Selamanya”

Artikel Berkaitan: “Kalau Dapat Putar Balik Masa, Saya Tak Akan Cerita” – Hubungan Dengan Ruhainies Berputik Selepas ‘Curhat’ Masalah Rumah Tangga, Aliff Aziz Akui Menyesal

Artikel Berkaitan: Sikap Bella Astillah Mula Berubah, Terdetik Nak Periksa ‘Archive Chat’… Aliff Aziz Bongkar Malam Kejadian Isteri ‘Kantoi Curang’ – “Hati Saya Remuk, Tapi Ini Kifarah”

Artikel Berkaitan: “Saya Rasa Takut Nak Dengar Suara Dia, Tak Tahu Nak Mulakan Perbualan Macam Mana” – Lebih 40 Hari Aliff Aziz Tak Berhubung Dengan Bella Astillah & Anak-Anak

Artikel Berkaitan: “Saya Hanya Menjadi Pendengar Keluhan Bella Astillah” – Muaz Zabir Mengaku Silap, Tiada Niat Runtuhkan Rumah Tangga Rakan Artis

Artikel Berkaitan: “Saya Rasa Takut Nak Dengar Suara Dia, Tak Tahu Nak Mulakan Perbualan Macam Mana” – Lebih 40 Hari Aliff Aziz Tak Berhubung Dengan Bella Astillah & Anak-Anak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Marah, Kebencian & Penyesalan”

Artikel Berkaitan: Ruhainies Sedih Skrip & Jalan Cerita Drama Lakonan Bersama Aliff Aziz Seakan Sama Dengan Kontroversi Dihadapainya Kini – “Tak Pasti Kebetulan Atau…”

Sumber: mstar

Aqilah Paharuzi