“Kalau Nak Post Blur Kan Muka Dia, Boleh Sakit Jiwa Budak Tu!” – Michael Ang Bidas Tindakan Caprice & Isteri Minta Pelaku Hina Wajah Anak Melutut Mohon Maaf

Pengarah, Michael Ang tampil memberi pendapat peribadinya berhubung tindakan isteri penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis yang meminta individu menghina anaknya untuk melutut memohon maaf dihadapannya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Michael menyifatkan tindakan tersebut melampau serta seakan tidak mencerminkan budaya agama Islam.

Jelas Michael, seharusnya Caprice dan isterinya, Farra perlu mengkaburkan wajah individu terbabit sekiranya masih mahu memuat naik content permohonan maaf itu.

“Tak tahu pula orang Melayu Islam pun ada budaya melutut dan minta maaf.

“Apa-apa pun, nak orang minta maaf tak perlu la post kat media sosial. Kalau post pun buat la macam Kitsui blur kan muka pelaku ktu.

“Orang minta maaf kita terima, kalau nak terima. Kalau tak nak terima, tak perlu la orang tu melutut ke apa entah? Maaf itu pun tak ikhlas buat, cakap sebab takut kena maki dan hentam,” akhirnya.

Dalam pada itu, Michael turut sempat berkongsi antara budaya orang Cina yang perlu melutut dihadapan patung Tuhan mereka setiap kali membuat kesalahan.

“Setahu saya budaya melutut dan minta maaf dan ampun ni adalah praktis orang Cina untuk menghukum orang buat salah.

“Saya sendiri masa kecil kena melutut depan patung Tuhan Cina dua kali sebab mencuri duit bapa dan belanja kawan sekolah dan menipu ibu saya.

“2 jam ya kena melutut depan patung dan minta maaf..,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata golongan selebriti turut bersetuju dengan pendapat Michael itu.

Sebelum ini, individu terbabit yang dikenali sebagai Irfan, 23, akhirnya bersemuka dengan Caprice dan isterinya, Farra untuk meminta maaf selepas menghina anak mereka, Airiel Qashaf.

Berdasarkan video permohonan maaf itu, Farra dalam keadaan emosi meminta individu tersebut melutut di hadapannya.

Dalam satu kenyataan di Instagram, Farra meminta ramai pihak di luar sana untuk meletakkan diri mereka di tempatnya bagi memahami bagaimanakah perasaan seorang ibu saat anaknya dicaci.

Terdahulu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Irfan dibawa berjumpa dengan isteri Caprice, Farra Inalis untuk memohon maaf selepas mengeluarkan kata-kata hinaan kepada anak mereka.

Susulan itu, nama Farra menjadi perbualan di media sosial akibat tindakannya itu yang dianggap keterlaluan.

Sekadar info, Caprice dan Farra berkahwin pada November 2022 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Airiel Qashaf yang dilahirkan pada Mac lalu.

Hasil perkahwinan terdahulu, Farra mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea.

Artikel Berkaitan:[VIDEO] “Salah Ke Aku Suruh Dia Melutut? Tak Sampai 40 Hari Anak Aku Dihina Muka Isap Batu, Dajj*l….” – Isteri Caprice Bengang

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Hina Anak Sulung Caprice Akhirnya Tampil Bersemuka, Melutut Mohon Maaf Pada Farra Inalis 

Aqilah Paharuzi