Categories: HiburanTrending

“Aslam Pemandu E-Hailing, Buat Bisnes Sara Keluarga” – Abby Abadi Harap Anak Diberi Peluang Hidup Bahagia Bersama Suami & Madu

Pelakon Abby Abadi, 47, berharap anaknya diberikan peluang untuk menjalani kehidupan dengan penuh bahagia bersama suami, Ahmad Aslam dan madu, Umisya Mazlan.

Anggota kumpulan Elite itu juga memohon agar warganet menitipkan doa yang baik-baik untuk mereka.

“Saya tengok masing-masing pun dah bahagia. Umisya dah boleh terima. Aslam lagilah saya tengok macam seronok sangat. Jadi apa salahnya kita doakan yang baik-baik untuk mereka.

“Apa yang saya nampak, mereka cuba untuk mencari jalan damai dalam masa yang singkat. Ini kerana masing-masing belajar agama. Mereka mahu mengelakkan maksiat dan mencari jalan halal. Aslam juga merupakan seorang anak Ustaz ,” kata Abby kepada XTRA.

ARTIKEL BERKAITAN: Ralat & Tak Percaya Anak Pilih Jadi Isteri Kedua… Abby Abadi Reda Terima Ujian

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Patut Hanya Marissa Sahaja Dipersalahkan” – Abby Abadi Mohon Doa Yang Baik-Baik

Abby ditemui ketika di Majlis Rumah Terbuka Wawa Nostalgia Raya di Wawa Cosmetics HQ, Bangi, Selangor, malam tadi.

Dalam pada itu, menjawab soalan warganet mengenai pekerjaan Aslam, Abby mendedahkan menantunya bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan bersama keluarga.

Dalam masa sama, Aslam dan Marissa turut menjalankan bisnes bagi menambah pendapatan dan menyifatkan mereka bijak mencari wang.

“Saya tiada peluang lagi nak bersembang tapi apa yang saya tahu Aslam bawa Grab dan masing-masing pun berniaga.

“Mereka pun pandai cari duit. Jadi doakan sahaja yang baik dan saya rasa mereka ada masa depan yang baik. Saya mendoakan yang terbaik untuk anak-anak saya. Jadi saya harap orang luar pun sama,” katanya.

Pada 7 Februari lalu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa bernikah di Thailand dengan lelaki yang dikenali dengan nama Ahmad Aslam.

Perkahwinan Marissa dan Aslam didakwa berlangsung ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah pada 27 Disember tahun lalu.

Padin