Categories: Gaya Hidup

Agar-Agar Boleh Buat Bayi Tercekik. Jangan Sangka Makanan Lembik Tidak Bahaya!

Jangan sangka, agar-agar manis yang nampak lembik dan lembut tidak membahayakan! Sebenarnya, agar-agar boleh menyebabkan kematian kepada bayi berusia 6 bulan ke bawah jika tercekik. Takut kan?

Menurut Pakar Anesteriologi, Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Dr. Maslina Ahmad Marzuki, ibu bapa perlu sentiasa peka kerana agar-agar boleh menutup saluran pernafasan yang boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas.

“Jangan kita anggap makanan lembik seperti agar-agar manis tidak boleh menyebabkan kanak-kanak tercekik kerana mereka masih belajar makan dan terdedah kepada risiko itu, walaupun tiada kes kita terima tetapi jangan ambil mudah perkara ini,” katanya.

Foto: Dapoorku

Selain daripada agar-agar, bayi ataupun kanak-kanak yang tercekik bebola ikan, biji rambutan, biji manggis ataupun duit syiling juga boleh mati jika tiada kaedah menyelamat awal dilakukan di rumah oleh ibu bapa dan ahli keluarga.

“Oleh itu amat penting sekali, penjaga dapat belajar kaedah CPR (resusitasi kardiopulmonari) atau kaedah menepuk belakang serta menekan bahagian dada (ulu hati) kanak-kanak itu untuk melepaskan bendasing yang tersekat di saluran pernafasan dan ini boleh dipelajari sendiri di rumah atau menonton di YouTube,” katanya lagi.

Nak tak nak, anda perlu pelajari teknik CPR yang betul agar dapat menyelamatkan nyawa anak anda apabila berlakunya keadaan tercekik sebegini. 

Kaedah CPR untuk bayi hingga 1 tahun

Kaedah CPR untuk bayi berumur 1 tahun hingga 12 tahun

Sebaiknya, pantaulah anak ketika mereka sedang makan dan potong makanan dengan saiz yang lebih kecil untuk memudahkan proses mengunyah dan menelan. 

Semoga bermanfaat!

Sumber: Malay Mail

tex_admin