Categories: Gaya Hidup

Anda Nak Sambut New Year 2019? Elakkan Melalui Jalan Ini

Setiap kali ambang tahun baharu, pastinya ada dalam kalangan anda yang ingin mengunjungi sesebuah lokasi tidak kiralah untuk melihat persembahan bunga api, festival dan sebagainya.

Pada hari ini, tinggal beberapa jam saja lagi kita akan melangkah ke tahun baharu 2019. Anda mesti sudah merancang untuk menyambutnya tepat jam 12 tengah malam nanti kan? Kemanakah lokasi anda?

Sekiranya anda ingin menyambut ambang tahun baru di Putrajaya, anda perlu elakkan untuk melalui beberapa jalan di sekitar lokasi keraian kerana ianya akan ditutup. 

Menurut laporan Astro Awani, penutupan jalan akan membabitkan 7 jalan di Persint 2 dan Persint 3 yang dijadualkan bermula pada jam 4 petang ini sehingga jam 2 pagi, 1 Jan 2019. Berikut adalah senarai jalan yang akan ditutup menjelang sambutan di Dataran Putrajaya, Presint 3:

  • Persiaran Perdana
  • Jalan Kemerdekaan
  • Jalan Pembangunan
  • Jalan P3f
  • Jalan P3c
  • Jalan P2k
  • Jalan P2p

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata pengunjung boleh meletak kenderaan mereka di lokasi ditetapkan dan bas perantara akan disediakan.

“Shuttle bus atau bas perantara akan beroperasi dari 6 petang ini hingga 1.30 pagi 1 Jan pada setiap 30 minit dari dua lokasi iaitu Putrajaya Sentral ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan dari bersebelahan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ke Galeria di Presint 4,” kata Rosly. 

Berikut sembilan lokasi parkir awam yang disediakan:

1. Berhampiran Suruhanjaya Tenaga
2. Menara Usahawan
3. Jabatan Pendaftaran Negara
4. Hotel Dorsett 
5. Parkir Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin
6. Belakang Istana Kehakiman,
7. Parkir awam sekitar McDonald’s Presint 2
8. Parkir di lot Pasar Tani Presint 2 Putrajaya
9. Monumen Alaf Baru

Jelas beliau, jika lokasi padat dengan kenderaan, lencongan akan dibuat secara berperingkat dan antara jalan yang terjejas ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Tun Hussein.

Selamat tahun baharu 2019!

Sumber: Astro Awani

tex_admin