Categories: Gaya Hidup

Belajar Buat Ramen Halal Ketika Melancong Ke Kyoto. Pengalaman Unik Yang Takkan Anda Lupa!

Apabila melancong ke negara matahari terbit, salah satu jenis masakan yang popular dan original di sana ialah ramen.

Rasanya bukan macam maggi atau mi kuning yang kita biasa makan tu tau! Jadi kalau anda sempat pergi ke sana, cubalah cari restoran halal yang menawarkan ramen.

Jika anda ke restoran Ramen Factory di Kyoto, anda bukan saja dapat makan ramen halal, tapi anda boleh juga buat ramen anda sendiri!

Ia merupakan satu-satunya kedai makan di dunia yang membenarkan pengunjungnya untuk memasak ramen mereka, dari proses membuat mi hinggalah ke proses menggoreng isi ayam dan memasak supnya.

Yang bestnya, restoran ini disahkan halal! Jom tengok video ni. Nampak macam seronok!

Unik tak cara membuat mi ramen? Siap kena tumbuk-tumbuk.

Gandum, beras dan miso (kacang soya yang diperap) adalah ramuan untuk sup ramen anda; manakala ayam dan kicap yang bebas alkohol dicampurkan sekali untuk menambahkan rasa.

Kalau anda tak terrer memasak, jangan risau kerana staff di restoran ini sudi membantu.

Memang anda akan rasa lagi puas bila makan sebab inilah hasil kerja tangan anda sendiri. 

Restoran ini juga menyediakan bilik sembahyang khas untuk tetamu, jadi selepas penat berhempas pulas di dapur, anda bolehlah menunaikan solat di sini.

Berminat? Kalau ya, anda diminta untuk membuat reservation secara online di laman web rasmi restoran ini sebelum pergi.

Ramen Factory menyediakan 3 jenis kursus yang berbeza, jadi pilih mengikut kesesuaian tempoh masa yang anda ada.

Restoran ini terletak di Higashiyama-ku, Honmachi 15-chōme, 814−18, Kyoto, Jepun. Jalan selama tiga minit je dari stesen keretapi Tofukuji. Ia buka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 7 malam. 

Sumber: Have Halal Will Travel, Ramen Factory

Ad Ops