Categories: Gaya Hidup

Buat Mangsa Pematah Hati, Baca Tip Move On Nabila Razali. No. 5 Memang Wajib Ikut!

Cinta terkandas di tengah jalan merupakan perkara yang amat memeritkan hati. Siapa yang tak sedih kan apabila putus cinta, lebih-lebih lagi banyak perkara yang dikongsi bersama sepanjang percintaan.

Bayangkan betapa sakitnya putus cinta itu sampai ada yang frust menonggeng dan lebih teruk lagi sehingga mahu membunuh diri.

Pelantun lagu Pematah Hati, Nabila Razali berkongsi tip yang diamalkannya sewaktu putus cinta sebelum ini. Tapi, penyanyi yang mesra dengan panggilan Bella ini bukan si pematah hati ya, kerana dia seorang yang setia.

So, buat mereka yang baru putus cinta, putus tunang atau seangkatan dengannya, jom semak tip daripada gadis cumi cumi ini!

1. Sibukkan diri

Padatkan jadual supaya anda tidak melayan jiwa anda yang tengah kecewa. Ini kerana memilih untuk bersendirian atau mengurung diri dalam bilik akan memburukkan lagi keadaan.

2. Move On

Wanita memang lemah dan perlukan masa untuk melupakan bekas kekasih. Bella sendiri akui dia mengambil masa setahun untuk move on. Kalau boleh, jangan imbau atau ingat momen lama bersama si dia kerana ia akan membuatkan anda lebih sedih dan sukar untuk move on. Jadi kepada wanita di luar sana, pandang ke hadapan dan jangan toleh ke belakang lagi!

3. Luangkan masa bersama keluarga

Jika sebelum ini anda asyik berkepit dengan si dia, inilah masanya untuk anda merapatkan kembali hubungan anda dengan keluarga. Luangkan masa dan hargai keluarga anda.

4. Berseronok dengan teman

Saat bercinta, kita jarang berjumpa dengan teman kita. Jadi inilah masanya untuk anda berseronok dengan teman-teman anda sekaligus melupakan si dia.

5. No Cumi Cumi

Jangan cuba Cumi Cumi (cuba miss call) bekas kekasih kerana ia akan menyukarkan lagi anda untuk move on. Sebaiknya, elak untuk hubungi atau berkomunikasi dengan si dia.

6. Lakukan perkara yang disukai

Buat perkara atau hobi yang anda suka kerana cara ini berkesan sebagai terapi diri. Menurut Bella, kebanyakan wanita gemar shopping dan makan untuk menghilangkan stress atau rasa kecewa. Namun, ada pro dan con juga kerana kadang-kadang jika kita shopping, kegembiraan itu hanya pada waktu itu sahaja.

Kemudian apabila pulang ke rumah, kita akan teringat kembali kepada si dia. Perkara ini boleh memudaratkan diri dan menghabiskan duit anda. Begitu juga apabila anda makan untuk menghilangkan stres. Kesudahannya, ia akan menjejaskan kesihatan sehingga menjerumus ke masalah lain seperti obesiti. Jadi, carilah hobi yang berfaedah ya.

7. Elak berdendam

Kebiasaannya mereka yang mempunyai sifat negatif ini sukar untuk move on. Jadi, redalah dengan apa yang berlaku. Kalau boleh jangan marah atau berdendam dengan bekas kekasih anda.

8. Dekatkan diri dengan Tuhan

Ini adalah cara yang sebaik-baiknya kerana ia akan memberi ketenangan kepada anda sekaligus memudahkan anda untuk melupakan si dia.

 

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

Ad Ops