Categories: Gaya Hidup

Ini Dia Cara Paling Mudah Untuk Tajamkan Semula Gunting Anda

Sebilah gunting, lama-lama kita pakai, mesti akan tumpul. Tapi aaargh, lecehnya bila kita nak pakai, tumpul pula! Lebih-lebih lagi di masa kecemasan.

Kalau nak senang, beli saja yang baru. Tapi kalau nak jimat, kenalah cari jalan untuk “asah” bahagian yang dah tumpul itu. 

Anda rasa bagaimanakah caranya? Penulis pernah dengar, gesekkan di bahagian mulut botol kaca. Selain itu, guna batu pengasah yang anda gunakan untuk mengasah pisau pun boleh!

Ada satu lagi cara yang nampaknya lebih mudah. Tak perlu pakai batu, tak perlu pakai botol kaca. Sebaliknya, anda hanya perlukan aluminium foil (kerajang aluminium).

Jom tengok tekniknya menerusi video ringkas ini.

Jadi jika anda ada gunting-gunting yang tumpul, jom asah sekarang!

Sumber: 5-Minute Crafts

Ad Ops