Categories: Gaya Hidup

Jom rebut peluang terokai harta karun di The Lost World of Tambun

Cuti sekolah masih berbaki, anak mungkin berharap ada percutian singkat sebelum sekolah dibuka semula dan anda mungkin bosan dengan pertanyaan anak yang inginkan pengalaman yang berbeza pada cuti sekolah ini.

Jangan lepaskan peluang ke Sunway Lost World of Tambun untuk merasai pelbagai aktiviti menarik bermula 28 hingga 31 Mac ini!

Pelbagai aktiviti dan permainan yang disediakan bukan sahaja terhad kepada anak kecil, malah sesuai untuk seisi keluarga.

Jadi, kemas pakaian anda dan nikmati peluang mencari harta karun yang ditanam oleh lanun di lokasi berbeza dengan melengkapkan tiga permainan. Pemain akan dihadiahkan dengan harta karun misteri di Pirates Station Games.

Pengurus Besar Sunway Lost World of Tambun, Nurul Nuzairi Mohd Azahari, berkata pihaknya mewujudkan tema khas bagi memeriahkan cuti sekolah dan berharap tema itu berupaya memenuhi keperluan percutian sekeluarga.

“Ini merupakan kempen cuti sekolah istimewa yang diadakan untuk seisi keluarga atau sekumpulan rakan yang ingin mengembara bersama-sama. Dengan tema lanun, ia mengetengahkan konsep pengembaraan sepanjang hidup,” katanya.

Jika anak kecil anda ingin merasai pengalaman menjadi lanun atau duyung, mereka boleh turut serta dalam permainan Join The Lost Pirates di Palm Island.

Foto: Lost World of Tambun

Permainan The Lost Pirates ini mengajak pengunjung untuk mempelajari cara membuat topi. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk cuba membuat Topi Scallywag di Lupe’s Stage sambil mempelajari bahasa lanun seperti Ahoy, Captain!

Pengembaraan menjadi lanun diteruskan di Lupe’s Stage. Pengunjung akan diuji dengan cabaran Amazing Pirates Challenge yang turut menampilkan permainan Cannon Ball Maze berlangsung.

Pernah dengar ayat, “Tunjukkan gambar atau anggap sahaja ia tidak pernah berlaku?”

Anda berpeluang untuk berswafoto bersama lanun dan kru sepanjang perjalanan anda di taman tema ini untuk ditunjukkan kepada keluarga dan teman!

Foto: Lost World of Tambun

The Awesome Pool Party ft The Lost Pirates di Jungle Wave Bay pula adalah  persembahan khas daripada kru yang akan menunjukkan gerakan dan tarian lanun. Anda juga boleh bermain perang pistol air di Pirates Splash Party berdekatan Malayana Village.

Jika anda inginkan pengalaman yang berbeza, dapatkan pakej Pirate Revenge untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak yang mengandungi tiket masuk Lost World of Tambun dan Gua Anak Datuk.

Pakej hari lahir istimewa pada harga RM1,500 untuk 10 orang juga disediakan. Pakej ini mengandungi tiket masuk ke Lost World of Tambun, barang parti, minum petang, kek hari lahir seberat satu kilogram, hiasan parti dan pakej foto berkumpulan atau urutan untuk birthday boy atau girl.

Anda juga bakal mendapat hadiah istimewa sepanjang kempen berlangsung pada setiap pembelian tiket dewasa Lost World of Tambun secara dalam talian atau di kaunter. Sebanyak 10,000 baucar Sunway disediakan sepanjang aktiviti ketika kempen cuti sekolah dijalankan.

Apa lagi? Marilah sertai kemeriahan kempen Lost World of Tambun ini!

tex_admin