Categories: Gaya Hidup

Mahu berlagak tetapi dengan cara yang berhemah? Ikuti panduan ini

Ada individu gemar bercakap besar dan berlagak semata-mata ingin menarik perhatian dan ingin membuatkan orang lain berasa kagum dengan dirinya. Anda fikir, apabila bermegah-megah, anda akan dilihat sebagai seseorang yang cekap dan berkemahiran.

Tetapi anda perlu hati-hati! Ada perbezaan di antara membuat orang berasa kagum dan membuat orang berasa menyampah.

Jika anda melampaui batas ini dan menyakitkan hati orang dengan kata-kata anda, besar kemungkinan tiada siapa yang mahu bersahabat dengan anda kelak.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna anda langsung tidak boleh bercerita mengenai pencapaian anda. Sebenarnya boleh, tetapi anda perlu ikuti cara yang betul.

Di bawah ini ialah panduan yang disahkan efektif oleh sains, menurut Insider.

Sumber: Quartz

1. Bermegah-megah ketika ditemu ramah untuk kerja baharu tetapi rendahkan diri apabila bercakap dengan rakan

Paling penting, beritahu perkara yang benar. Jika anda tertangkap kerana menipu atau membesar-besarkan pencapaian anda, anda akan dianggap tidak cekap dan tidak jujur.

Salah: Jumlah pengikut Twitter saya lebih ramai daripada jumlah pengikut Lady Gaga.

Betul: Saya ada jumlah pengikut Twitter yang ramai.

2. Jika anda hendak berlagak, jangan berpura-pura merendah diri

Dalam Bahasa Inggeris, perbuatan ini digelar sebagai humble brag, seolah-olah anda ada niat untuk bermegah-megah tetapi anda sorokkannya sedikit dengan kata-kata yang menghina diri sendiri.

Orang lebih tidak menyukai orang yang bersikap humble brag daripada orang yang berlagak secara terang-terangan.

Salah: Penatlah bila orang selalu beritahu saya yang muka saya mirip Neelofa.

Betul: Ramai orang selalu ingat saya ini Neelofa.

Ini adalah satu contoh humble brag. Sumber: Kotaku UK

3. Jangan bandingkan diri dengan hidup orang lain

Jangan perkecilkan pencapaian seseorang itu supaya anda tampak lebih bagus di mata orang lain. Kelak anda akan dilihat ego.

Sebaliknya, hanya bercakap mengenai diri anda.

Salah: Saya lari lebih pantas daripada Usain Bolt.

Betul: Saya boleh berlari pantas.

4. Setiap kali anda bercakap besar, lakukannya dengan bersemangat

Apabila anda rasa seronok mengenai pencapaian anda, orang di sekeliling anda pun akan tumpang gembira. Dengan cara ini, anda tidaklah menjengkelkan sangat.

Salah: Bulan ini, saya untung banyak!

Betul: Saya bangga betul dengan diri sendiri dan ingin kongsikan berita baik ini dengan anda – keuntungan saya banyak pada bulan ini!

Ad Ops