Categories: Gaya Hidup

Malunya Kalau Kasut Kita Berbau Hapak! Ikuti 7 Tip Ini Untuk Hapuskan Bau Itu

Aduh, leceh betul bila kena tanggalkan kasut untuk memasuki rumah orang. Kalau kasut anda bersih, tak apalah. Kalau kasut anda berbau busuk sampai boleh buat orang lain di sekeliling anda pengsan, macam mana? Aaargh, malunya!

Jika anda tak tahu, salah satu sebab kasut anda boleh berbau adalah kerana kaki anda yang kuat berpeluh. Bakteria akan membiak di situ dan menyebabkan kasut anda berbau.

Satu lagi kes adalah apabila kasut anda basah kerana terpijak lecah atau terkena hujan. Bakteria boleh beranak-pinak jika ia dibiarkan dalam keadaan begitu!

Selagi ia tak dikeringkan dengan betul dan bakteria itu tak dibunuh, selagi itulah kasut anda akan berbau. Eee!

Foto: womanadvice.ru

Kalau anda seorang mangsa situasi ini, anda boleh ikuti beberapa tip mudah untuk hilangkan bau busuk itu. Jom cuba!

1. Basuh kaki betul-betul

Langkah yang paling basic ialah untuk sentiasa pastikan kaki anda bersih dan bebas dari kuman. Sewaktu mandi, cuci tapak kaki dan celah-celah jari dengan sabun sampai berbuih. Sebelum pakai stokin atau kasut, pastikan kaki betul-betul kering. Di celah-celah jari kaki juga tau! Kalau nak betul-betul kering, pakai hairdryer terus.

2. Pakai stokin

Stokin bersih, ya! Jangan pula pakai stokin yang sama untuk dua hari berturut-turut! Stokin membantu mengurangkan sentuhan antara kaki dan kasut; maknanya kuranglah bakteria yang membiak.

3. Pakaikan bedak di kaki

Sebab utama kasut anda berbau adalah disebabkan kaki yang berpeluh. Untuk memastikan kaki sentiasa kering, letakkan bedak di kaki sebelum memakai stokin atau kasut.

4. Jangan pakai kasut yang sama berkali-kali

Anda mesti ada kasut favourite yang anda suka pakai setiap hari kan? No problem, tapi kalau kasut itu berbau, lebih baik berikannya masa untuk “berehat”. Barulah kasut boleh betul-betul kering daripada peluh kaki anda. Kalau tak, kasut akan kekal lembap dan lagi aktiflah bakteria tu membiak!

5. Letak uncang teh dalam kasut

Sedapkan bau teh? Letakkan beberapa uncang teh ke dalam kasut supaya ia menyerap bau busuk kasut. Kalau kasut basah, letak sedikit beras dan baking soda dan biarkan selama beberapa hari.

6. Letak kasut dalam freezer

Letakkan kasut dalam resealable bag, tutupkan dengan rapat dan letakkan di dalam freezer semalaman. Suhu rendah dari dalam freezer tu dapat membunuh bakteria. Gerenti kasut anda bebas dari bau busuk esok paginya.

7. Letak cat litter dalam kasut

Ada bela kucing? “Pasir” dari litter box kucing anda tu boleh menyerap kelembapan. Ambil sikit dan letakkan dalam stokin nipis. Ikat dengan getah dan tinggalkan semalaman dalam kasut busuk tu.

Sumber: Health.com

Ad Ops