Categories: Gaya Hidup

Manisnya wajah Puteri Ameerah, cantik persis ibunya Azrinaz

Baru menginjak usia 12 tahun pada 28 Januari yang lalu, namun kecantikan si puteri kesayangan rakyat Brunei ini mula menjadi buah mulut ramai.

Bak kata pepatah mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Jikalau sudah ibunya cantik, pastilah anaknya juga rupawan.

Bagi yang tidak mengenali Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, beliau adalah anak kepada bekas personaliti TV Azrinaz Mazhar Hakim.

Foto: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim

YTM Puteri Ameerah Bolkiah adalah zuriat hasil perkahwinan terdahulu Azrinaz dengan Sultan Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Selain YTM Puteri Ameerah Bolkiah, Azrinaz dan Sultan Brunei turut dikurniakan seorang putera iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel, 14, juga merupakan kekanda kepada Puteri Ameerah.

Foto: Nona

Berbanding penampilan sebelumnya, gaya terkini YTM Puteri Ameerah Bolkiah yang tampil berhijab mendapat pujian ramai yang memuji keayuan wajahnya.

Malah, beliau dikatakan suka bergaya dan pandai memadankan aksesori dan tudung dengan pakaiannya. 

Foto: Karen Then

Foto: Karen Then

Foto: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim

Rakyat dari kedua-dua buah negara, Malaysia dan juga Brunei Darussalam menyifatkan kejelitaan milik Puteri Brunei ini diwarisi oleh bondanya, Azrinaz.

Puteri kesayangan rakyat Brunei ini pernah mendapat pendidikan di International School Brunei (ISB) dan kini baginda belajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School Brunei).

Yanie Baharom