Categories: Gaya Hidup

Mulut Berbau Busuk Ketika Berpuasa? Jangan Malu, Atasinya Dengan Tip Ini

Pasti anda sudah tahu, masalah mulut yang berbau pasti akan menyerang kita pada bulan Ramadan. Masalah ini akan membuatkan kita berasa tidak selesa untuk bercakap dengan orang lain. Yela, malu dengan bau mulut yang busuk! 

Tahukah anda, punca utama mulut berbau adalah disebabkan bakteria hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan daripada gigi kita. Selain itu, mulut kita yang kering kerana kekurangan air liur juga menjadi punca mulut berbau. 

Jangan risau, anda boleh ikuti tip ini untuk atasi masalah mulut berbau pada bulan puasa ini. Caranya ialah:

1.  Gosok gigi dan lidah

Foto: Siakap Keli

Pastikan anda menggosok gigi dan lidah setiap kali waktu sahur dan berbuka puasa. Semasa anda menggosok gigi, anda boleh tarik dan hembuskan nafas untuk singkirkan bau mulut. Yang pasti, anda jangan terlalu yakin gigi anda bersih, sebaliknya beruslah gigi mengikut waktu ini.

2. Teh hijau

Foto: Bidadari

Anda boleh minum air teh hijau tanpa gula ketika bersahur dan berbuka puasa. Untuk pengetahuan anda, teh hijau mengandungi zat polyphenol yang berfungsi untuk membersihkan bakteria dalam mulut dan saluran pernafasan.

3. Cecair kumuran

Foto: Mingguan Wanita

Tahukah anda cecair kumuran ini adalah penting! Selalunya, kita akan merasakan bahawa dengan menggosok gigi sudah menandakan bersih. Tapi, bagi menjamin kebersihan mulut yang berpanjangan anda disarankan untuk menggunakan ubat kumur selepas menggosok gigi. Anda boleh dapatkan ubat kumur ini di seluruh pasaraya.

4. Elak dan kurangkan makanan manis

Foto: Mirror

Sebenarnya, menu yang bergula akan lebih cepat melekat pada gigi dan sukar untuk dibersihkan, akhirnya gigi anda akan cepat rosak dan menyebabkan bau mulut. Minuman berkafein juga boleh mempengaruhi kesihatan gigi anda. Seeloknya elakkan mengambil makanan manis ya!

5. Minum air putih

Foto: Serambi Indonesia

Anda diwajibkan untuk minum air putih yang secukupnya ketika sahur dan berbuka puasa. Jika anda minum air manis sekalipun, anda perlu ‘bilas’ dengan air putih. 

Mudah sahaja kan tip ini? Jadi, kalau nak tampil lebih berkeyakinan tanpa mulut berbau, anda perlu ikuti 5 tip ini. Yang penting perlu konsisten dan rajin untuk lakukannya ok!

Selamat berpuasa!

Sumber: Maskulin

tex_admin