Categories: Gaya Hidup

Nak Picit Jerawat Tapi Takut Tinggalkan Parut? Ini Cara Selamat Menurut Pakar Kulit

“Dapat pun picit jerawat degil ini, puas hati aku!” 

Sesetengah orang akan rasa puas bila dapat picit jerawat di muka atau pun di bahagian anggota badan yang lain. Namun tahukah anda ianya berpotensi untuk mengakibatkan parut dan jangkitan kuman? Pernah tak anda mengalami situasi jerawat semakin membengkak setelah dipicit? Kenapa ya?

Pakar kulit Amerika, Dr Allison Arthur berkongsi cara-cara yang selamat untuk picit jerawat. Tapi sebelum itu, anda mesti tahu bahawa ada sesetengah jerawat tak boleh dipicit kerana dikhuatiri meninggalkan kesan yang lebih teruk. 

upload.wikimedia.org

Contohnya, jenis cyst and nodule. Jerawat jenis ini agak besar dan lebih merah berbanding jerawat biasa, tidak terlalu timbul di permukaan kulit tetapi akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh setelah dipicit.

Manakala jerawat jenis pustula pula selamat dipicit. Kebiasaanya jerawat jenis ini mempunyai dasar berwarna merah yang meradang, dan berkepala putih berisi nanah. 

www.thisisinsider.com

Ini dia cara picit jerawat yang selamat:

1. Sebelum mula aktiviti memicit, cuci tangan dengan teliti, terutamanya di bawah kuku.

2. Kemudian sapukan rubbing alcohol ke atas jerawat.

3. Gunakan jari dan tekan kedua-dua belah jerawat tersebut dengan lembut hingga keluar nanah.

4. Setelah selesai, gunakan krim hydrocortisone bagi membantu mengurangkan keradangan. Kemudian, sapukan Vaseline untuk mengelakkan kulit dari berkuping (scab).

Awas!

Jika nanah tu tidak keluar sampai habis, jangan paksa! Kadangkala jerawat itu masih belum cukup “masak”. Kalau anda terus picit, lagi meradang pula nanti.

Anda juga mungkin pernah dengar teknik mencucuk jerawat dengan jarum yang steril. Allison walau bagaimanapun tidak menggalakannya.

Kalau anda masih ragu-ragu untuk memicit sendiri jerawat anda, rujuk saja kepada pakar kulit. Semoga berjaya!

Sumber: www.theinsider.com

Ad Ops