Categories: Gaya Hidup

Robert Downey Jr. Tayang Rumah Kincir Angin Miliknya Dalam Video Ini

Robert Downey Jr. dan isterinya Susan telah mengubah sebuah kincir angin untuk menjadi sebuah rumah yang moden dan stylish di The Hamptons, New York.

Memang nampak mewah!

“Kami mahukan sesuatu yang kami belum tengok sebelum ini,” kata pelakon filem The Avengers ini. “Kami tak cadang pun nak terapkan design yang luar biasa. Kami cuma nak sesuatu yang seronok.

“Kami semestinya tak gemarkan sesuatu yang boring,” tambahnya lagi.

Tengoklah patung mentadak yang besar macam gergasi itu!

Foto: Architectural Design

Dalam video di bawah ini, Robert dan Susan bukan saja tunjukkan kepada penonton setiap bilik yang ada (almari closet pun mereka bawa jurukamera masuk!).

Mereka juga kongsikan gambar lukisan kegemaran mereka, dan ceritakan kenapa kucing peliharaan mereka dilayan macam boss di rumah ini. Wah!

Jom tengok. Manalah tahu, mungkin anda boleh ambil inspirasi daripadanya?

Sumber: Architectural Digest

 

Ad Ops