Categories: Gaya Hidup

Sayangkan Alam Sekitar? Jom Bawa Perubahan Positif Ketika Melakukan Rejim Penjagaan Diri

Siapa kata anda tidak boleh selamatkan dunia menerusi rejim dan rutin kecantikan diri?

The Body Shop memberi inspirasi kepada golongan pembawa perubahan (changemakers) menerusi kedai konsep baharu bertemakan ‘sustainably design’ di KLCC.

Menerusi kedai konsep terbabit, ia menjadi wadah interaktif untuk golongan changemakers bertukar-tukar idea selain membeli produk kecantikan berkualiti.

Selain dapat menjaga kecantikan diri menerusi produk yang dijual, orang ramai juga dapat menyumbang kepada perlindungan serta kelestarian alam sekitar menerusi kedai The Body Shop di cawangan KLCC.

Dengan kewujudan botol produk kecantikan kitar semula dari The Body Shop, ia secara tidak langsung membawa perubahan baik terhadap dunia, khususnya kepada alam sekitar.

Memperkenalkan botol kitar semula, pelanggan boleh menyumbang kembali kepada alam sekitar dan menyertai golongan pembawa perubahan yang lain. Gunakan sahaja botol kitar semula yang diperbuat dari botol aluminium 300 mililiter dan isikan ia dengan pelbagai rangkaian produk berkualiti seperti shower gel, body cream dan shampoo.

Bawa semula botol yang bersih jika anda mahu mengisi semula kelak. Apa yang istimewanya, pelanggan boleh memilik untuk mengisi semula dengan cecair yang sama atau anda boleh pilih untuk mencuba rangkaian produk yang lain dan harga yang ditawarkan lebih murah selepas diskaun tau!

“The Body Shop merupakan syarikat yang mempunyai pensijilan B Corps. Syarikat yang mempunyai sijil B Corps diperakui dan menggunakan kaedah (power of business) untuk membina ekonomi yang lebih inklusif dan lestari. Malah sebelum pensijilan pun, kami telah memenuhi piawaian tinggi untuk menggalakkan perubahan sosial dan alam sekitar melalui amalan perniagaan yang positif.

Kami juga memastikan The Body Shop Malaysia akan terus melakukan yang terbaik dalam memenuhi piawaian tinggi untuk menggalakkan ‘sustainability’. Nadi perniagaan kami adalah untuk mempelopori kelestarian alam sekitar dan kami akan terus melakukan perubahan positif,” kata Dexter Foong, Pengarah Pembangunan Korporat, InNature Berhad.

Di cawangan KLCC juga terdapat mural istimewa, Flow of Nature hasil karya Haris Rashid dengan tema ‘Changemaking for the Planet.’

Mural Rashid berfungsi sebagai hiasan yang menakjubkan dalam kedai dan bercerita mengenai intipati kesedaran alam sekitar serta memberi inspirasi kepada pelanggan untuk menjadi changemaker.

Padin