Categories: Gaya Hidup

Selalu Pakai Minyak Wangi? Ini 4 Tanggapan Salah Yang Anda Mungkin Ada Tentangnya

Boleh dikatakan semua orang pakai minyak wangi, tak kiralah wanita atau lelaki. Maklumlah, minyak wangi dikatakan boleh meningkatkan kadar keyakinan dalam seseorang itu.

Dan ada banyak jenama di pasaran sekarang; pilih saja nak bau yang macam mana, dan jenama apa. 

Tapi ada banyak persepsi orang tentang minyak wangi ini yang salah. Jom ketahui apa dia.

1. “Lagi mahal jenama minyak wangi itu, lagi kuat baunya”

Foto: invest2getmillion.files.wordpress.com

Tak juga. Ada minyak wangi murah yang boleh tahan lebih lama daripada minyak wangi berjenama. Selalunya jika anda beli yang mahal-mahal itu, anda terpaksa bayar lebih kerana jenamanya saja, padahal kualitinya tak tentu bagus. Jadi pilih betul-betul, ya!

2. “Anda mesti gosok-gosok minyak wangi anda pada permukaan kulit”

Foto: Creative Commons

Tindakan ini hanya akan memecahkan kandungan bahan kimia di dalam wangian itu dan secara tak langsung membuatkannya tak seimbang. Bau itu pun takkan tahan selama yang sepatutnya. Sebaliknya, semburkan sedikit ke atas kulit dan biarkan ia kering secara semulajadi.

 

3. “’Perfume’ adalah untuk wanita manakala ‘cologne’ adalah untuk lelaki

Foto: lifehacker.com

Sebenarnya terma ‘cologne’ dan ‘perfume’ ini merujuk kepada banyak mana bau wangi yang terkandung di dalam sesebuah minyak wangi itu. Jadi tak salah langsung jika seorang wanita memakai minyak wangi yang dilabel sebagai ‘cologne’. Kalau dah suka, pakai sajalah!

4. “Minyak wangi patut disimpan di dalam bilik air”

Foto: www.debotofestival.com

Sesetengah orang menyimpan minyak wangi mereka di dalam bilik kerana mereka akan pakai sebaik saja habis mandi. Haba dan kelembapan sebenarnya boleh menyebabkan bahan-bahan kimia di dalam minyak wangi itu pecah dengan lebih cepat. Akhirnya ia akan merosakkan keseluruhan bau minyak wangi tersebut. Rugi saja kalau beli mahal-mahal.

Sumber: Business Insider

Ad Ops