Categories: Gaya Hidup

Tips Kilatkan Kembali Barang Kemas Hanya Menggunakan Bahan Masakan! Jimat & Mudah!

Anda mesti sayang dengan barang kemas anda kan? Yela, barang kemas bukannya sesuatu barang yang murah, lagi-lagi bila si dia yang hadiahkan. Mesti anda akan memakainya ke mana sahaja anda pergi. Tetapi, apabila sudah dipakai setiap hari pasti akan kelihatan pudar dan kurang berkilat. Mesti hilang seri barang kemas tu kan? 

http://www.jelita.com.my/fesyen/cara-bersihkan-barang-perhiasan-emas/

Jangan risau, anda boleh try bersihkan barang kemas tersebut hanya menggunakan bahan masakan saja! Mesti kembali berkilat seperti baru beli.

1. Air Asam Jawa

http://sihatyakin.blogspot.my/2016/10/cara-menghilangkan-jerawat-secara.html

Anda hanya perlu campurkan sedikit jus limau ke dalam air asam jawa. Kemudian, rendamkan semalaman barang-barang kemas ke dalam campuran tersebut. Keesokan hari, anda hanya perlu bilas dan lap barang kemas dengan kain bersih.

2. Teh Cina

http://www.visiontimes.com/2017/10/14/oolong-tea-alert-without-jitters.html

Sama juga seperti cara yang pertama iaitu menggunakan teknik rendaman. Anda perlu merendamkan barang kemas ke dalam air teh cina. Biarkan semalaman dan bilas dengan menggunakan air bersih. Lap dengan perlahan menggunakan kain.

3. Asam Keping

http://www.karangkraf.com/cmlink/pa-ma/pelbagai-khasiat-asam-gelugor-1.262571

Teknik ini pula anda perlu menyediakan bekas yang berisi air suam dan tambahkan beberapa keping asam gelugur atau asam keping. Kemudian, rendamkan barang kemas tersebut selama 5-6 jam. Bilas dan lap seperti biasa.

4. Ubat Gigi

http://www.maskulin.com.my/2017/12/18/ubat-gigi-adalah-pencuci-muka-terbaik-biar-betul/

Teknik ini paling mudah tetapi memerlukan tenaga anda untuk menggosok pulak! Caranya dengan merendam terlebih dahulu barang kemas ke dalam air suam selama sejam; kemudian ambil berus gigi yang lama dan letakkan sedikit ubat gigi. Gosok permukaan barang kemas tersebut bagi menanggalkan kekotoran. Bilas dan lap dengan kain bersih. 

Mudah kan? So, pada anda yang tengah memasak pun boleh mencuba tips ni, tak payah lagi pergi kedai emas untuk mencuci barang kemas. Anda sendiri boleh lakukan! 

Sumber: Nota Wanita

tex_admin