Categories: HiburanSelebriti

12 Tahun Layari Bahtera Bersama, Norman Hakim Titip Ucapan Manis Pada Memey Suhaiza

Pelakon Norman Hakim tampil menzahirkan rasa syukurnya sempena genap 12 tahun dia bersama isterinya, Memey Suhaiza mendirikan rumah tangga.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Norman menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Menurut Norman, dia berasa sebak mengenangkan dugaan dan cabaran sepanjang 12 tahun melayari bahtera bersama Memey.

“Terima kasih Allah s.w.t untuk 12 tahun ‘ibadah’ bersama isteriku. Masa tulis kat atas pasir tahun-tahun bermula dari 2011 sampai 2023, makin naik tahun tu makin laju air mata keluar. Macam sentimental sikit sebab benda yang dilalui sama-sama.

“Terima kasih juga yang bersama dalam journey ‘ibadah’ kami ini secara fizikal dan visual. Kitaorang sangat menghargai setiap ingatan dan doa yang baik-baik selama 12 tahun ni,” tulisnya.

Dalam pada itu, Norman juga sempat menitipkan ucapan manis dan kata-kata penghargaan buat Memey yang sentiasa berada di sisinya.

“Buat isteriku, makmumku @memeysuhaiza terima kasih untuk segalanya. Ucapan lain tu abang dah bisik sweet-sweet kat telinga sayang❤️

“Buat yang sama-sama berada dalam journey berumahtangga, sama-sama kita niatkan perjalanan bersama pasangan hidup kita ni sebagai satu ‘ibadah’ yang panjang.

“In shaa Allah segalanya akan terjaga dengan izinNya seiring dengan ikhtiar dan usaha kita menyemai benih kasih & sayang dalam hidup bersama in shaa Allah hingga ke syurga.

“Ya Qalbi,Ya Rouhi,Ya Hayati,Ya Kamari,Ya Habibti,Ya Hilu…I love u so much❤️,” katanya.

 

Fatin Nurain