Categories: Trending

Tan Sri Musa Hassan Sah Bergelar Suami Qistina Lim

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Qistina Lim, malam tadi.

Memetik laporan Berita Harian, berita gembira itu telah dikongsi seorang individu dipercayai adiknya, Mohammad Izzat Hassan menerusi Facebook dengan memperlihatkan gambar persandingan, keluarga dan tetamu yang hadir.

Dalam perkongsian tersebut, Mohammad Izzat sempat menzahirkan ucapan tahniah dan bersyukur kepada abang sulungnya itu.

“Syukur Alhamdulillah dan tahniah, Tan Sri Musa Hassan dan Puan Sri Qistina Lim, anda (Musa) sentiasa menjadi idola, penasihat, pemimpin dan abang kepada saya.

“Selamat datang kak long Qistina dalam keluarga kami. Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke jannah,” katanya.

Sementara itu, penceramah bebas Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar juga sempat membuat live ketika majlis resepsi bekas Ketua Polis itu berlangsung di Facebook.

“Majlis Perkahwinan Tan Sri Musa Hassan & Puan Sri Qistina Lim,” katanya menerusi akaun media sosialnya itu.

Terdahulu, Musa dan Elly Afizahwati Abdul Jalil disahkan bercerai selepas memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah pada 30 Mac lalu.

Permohonan cerai itu difailkan kerana faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Musa yang dikahwininya sejak 10 tahun lalu.

Sumber: Berita Harian

Fatin Nurain