Categories: HiburanSelebriti

Haqiem Rusli Titip Kata-Kata Semangat Buat Isteri – “Walau Betapa Sakitnya Sekarang, Terus Kuat…”

Penyanyi Haqiem Rusli tampil memberikan titipan kata-kata semangat buat isterinya, Anis Sofea sekaligus meraih perhatian dalam kalangan pengikutnya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Haqiem menerusi sebuah hantaran di Instagram, malam tadi.

Malah, Haqiem turut berkongsi video isterinya yang kelihatan manis mengenakan tudung berwarna biru.

Dalam perkongsian tersebut, pelantun lagu Mimpi itu meminta isterinya, Anis untuk terus kuat biarpun perit untuk mengharungi sesetengah perkara .

Menurut Haqiem, dia akan sentiasa berada dengan isterinya itu untuk mengharungi saat suka dan duka bersama.

“Sayang Akem, no matter how much it hurts now, stay strong. Things will get better. You were there through ups and downs, with me. We love you, I love you. Doakan untuk kami yang baik-baik sahaja.

Setakat ini, Haqiem tidak menyatakan sebarang punca atau sebab mengapa perkongsian tersebut dimuat naik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut mendoakan kesejahteraan rumah tangga mereka dan turut memberikan kata-kata semangat buat isteri penyanyi itu.

Terdahulu, Haqiem dan Anis telah berkahwin pada 19 November 2021.

Fatin Nurain