16 Tahun Tanpa Album, Jackie Chan Siap Sedia Asah Suara!

Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya dah 16 tahun pelakon Jackie Chan tidak tampil dengan album baharu. Pasti korang rindu nak dengar suara beliau kan?

Maklumlah, dengan kesibukan jaduah shooting, sudah tentu jadual beliau padat. Namun jangan risau kerana bintang terkenal ini bakal menghadiahkan sesuatu buat para peminatnya!

Bakal tampil dengan album terbaharu tak lama lagi, pelakon berusia 64 tahun ini dah tak sabar untuk menghiburkan kita dengan lagu-lagu terbarunya. Fuh, mesti gempak ni!

Dijangka berada di pasaran pada Ogos depan, Jackie Chan memaklumkan proses pembikinan album ini mengambil masa tiga tahun.

“ Disebabkan jadual penggambaran saya yang terlalu padat tapi jangan risau, akhirnya album ini sudah sedia menemui anda tak lama lagi,” katanya di salah sebuah acara di Beijing, baru-baru ini.

Menariknya, proses pembikinan album terbaharu beliau ini turut menggunakan anaknya, Jaycee sebagai penerbit album. Kerjasama anak dan bapa, pasti meletup ni!

“ Saya juga menggunakan khidmat beberapa rakan dalam industri muzik untuk menerbitkan album ini,” katanya.

Terdahulu, Jackie Chan pernah tampil dengan sepuluh buat album sepanjang karier nyanyiannya iaitu Love Me (1984), Thank You (1984), A Boy’s Life (1985), Shangrila (1986), Sing Lung (1986), No Problem (1987), Jackie Chan (1988), First Time (1992) dan Dragon’s Heart (1996), With All One’s Heart ( 2002)

SGMS Faida