Ini Rahsia Dato Siti Nurhaliza Susut Berat Badan!

Umum mengetahui, penyanyi kesayangan rakyat Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza baru saja dikurniakan seorang bayi comel yang dinamakan Siti Aafiyah setelah penantian selama 11 tahun.

Lagu terbaru Dato’ Siti Nurhaliza, Si Comel Pipi Merah juga dicipta khas sempena kelahiran puteri sulungnya itu. Baru-baru ini, menerusi akaun instagramnya, Dato’ Siti telah berkongsi pengalaman beliau selepas bergelar seorang ibu. Beliau menjaga Siti Aafiyah sehingga susut 14 kg? Wow!

Menurut Dato’ Siti, kedua-dua doktor yang menjaga beliau dan anaknya gembira dengan perkembangan mereka.

Alhamdulillah hari ke 17 ibu & Siti Aafiyah selepas bersalin .. Dato’ Dr. Vernon (baby)& Datin Dr Suhaiza (ibu) happy dengan perkembangan kami berdua

Tambah Dato’ Siti, beliau juga gembira kerana berat badannya semakin berkurang selepas melahirkan anaknya.

Ibu happy sebab dah susut 14kg (sbb berjaga & aafiyah kuat minum susu ibu) tq anak ibu tolong ibu… Alhamdulillah

Tidak hairanlah jika Dato’ Siti kelihatan lebih kurus sekarang, ada ‘rahsia’ tersendiri rupanya.

Tahniah diucapkan kepada Dato’ Siti dan Datuk Khalid. Semoga si comel pipi merah membesar dengan sihat!

Ad Ops