20 Tahun Berkahwin, Akhirnya Pelawak Terkenal Ini Nekad Bercerai

Tiada angin, tiada ribut… pengacara terkenal Indonesia, Sule dilaporkan bakal bercerai dengan isterinya, Lina.

Perkahwinan yang dibina sejak 20 tahun lalu dikatakan seperti telur di hujung tanduk selepas gosip tentang Sule yang dikatakan berselingkuh dengan seorang pramugari tersebar luas. 

Isterinya, Lina memfailkan penceraian di Pejabat Agama Cimahi pada 26 April lalu dan dalam masa sama dia turut memohon hak jagaan anak-anak.

Sule dan Lina bernikah pada 17 Februari 1998 dan dikurniakan empat orang anak di mana salah seorangnya merupakan penyanyi terkenal, Rizky Febian.

Perlu tahu, Sule atau nama sebenarnya Entis Sutisna antara pelawak yang mendapat bayaran tertinggi di Indonesia pada masa ini. Namanya  mula melonjak sejak mengemudi program Opera Van Java di Trans 7.

Namun begitu, beberapa keping foto gambar Lina telah tular apabila dia dikatakan berselingkuh dengan menjalin hubungan bersama suami orang bernama Teddy. Hurm, macam sinetron pula ya?

SGMS Faida