Categories: Gaya Hidup

‘Sistem Imbuhan Untuk Tidur’ Diperkenalkan Di Jepun Bagi Meningkatkan Mutu Kerja

Sebuah syarikat di Jepun, CRAZY Inc iaitu syarikat yang mengendalikan majlis perkahwinan telah mengumumkan ‘Sistem Imbuhan Untuk Tidur’ kepada pekerjanya. Syarikat ini telah bekerjasama dengan Airweave iaitu sebuah syarikat yang menguruskan analisa dan teknologi tidur. 

Kalau anda nak tahu, Jepun memang terkenal dengan jam bekerja paling lama di dunia. Sebab itulah sistem ini diperkenalkan kerana sesetengah syarikat mula sedar akan kepentingan waktu berehat buat pekerjanya.

Melalui sistem ini, pekerja diminta untuk memuat turun aplikasi Sleep Analysis pada telefon pintar mereka dan berkongsi data kepada syarikat. Perkongsian data tersebit perlulah dilakukan pada setiap malam bagi mengumpul point

Foto: Japanese Station

Point atau data yang mencapai tahap tertentu akan mendapat imbuhan. Misalnya, 100 point bersamaan 100 yen. Menurut syarikat itu, sistem ini diperkenalkan bagi melakukan pembaharuan dalam gaya hidup pekerjanya.

Para pekerja akan mendapat waktu tidur yang secukupnya dan secara tidak langsung akan lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas sekaligus dapat meningkatkan produktiviti kerja.

Bagus betul kan syarikat ini, sangat menjaga kebajikan para pekerjanya! Barulah pekerja sentiasa bersemangat untuk melaksanakan tugas bila syarikat ambil berat tentang dirinya. Betul tak?

Sumber: Crazy.co

tex_admin