Categories: Oh Lawa

Video Tutorial Makeup Rihanna Menggunakan Produk Fenty Beauty, Jom Tengok!

Dia bukan saja seorang penyanyi dan pelakon, tapi dia juga merupakan seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya.

Rangkaian produk makeup Fenty Beauty miliknya adalah salah satu jenama paling popular di dunia kini. Itu mungkin disebabkan oleh pilihan palette dan produk yang ditawarkan. Semua jenis warna kulit pun boleh pakai!

Dan of course, sebegai tuan empunya, Rihanna juga rajin mempromosikan produknya. 

Paling terbaru, dia telah membuat naik sebuah video tutorial makeup di YouTube. Di dalamnya, dia menggunakan hanya dua produk daripada koleksi holiday Fenty Beauty untuk menghasilkan rupa makeup yang lengkap. 

Hmm, bila Rihanna kongsikan apa-apa tip tentang kecantikan, kita kena dengar! 

Untuk rupa makeup ini, dia mengeluarkannya sebagai #Chillowtlook. Jom tonton ramai-ramai!

Sumber: Allure

Ad Ops