Akhirnya! Pasangan Paling ‘Tertutup’, Deepika- Ranveer Dah Ada Tarikh Kahwin

Pasangan sensasi Bollywood, Deepika Padukone mengumumkan tarikh perkahwinannya dengan Ranveer Singh di laman Instagram, malam tadi.

Dengan pengumuman itu, maka tamatlah segala spekulasi yang berlangsung selama beberapa bulan kebelakangan ini.

Percintaan mereka memang dirahsiakan sejak tahun 2013 memandangkan keduanya tidak terbuka untuk memberitahu kepada umum. Mahukan privacy katanya…

Menerusi Instagram Padukone, wanita berusia 33 tahun ini memuat naik pengumuman dalam dua bahasa dengan nota berbunyi ” Dengan restu keluarga, kami gembira untuk berkongsi tarikh perkahwinan telah ditetapkan pada 14 dan 15 November ini,” katanya.

Pelakon filem Chennai Express ini juga antara aktres yang menerima bayaran paling mahal di Bollywood ini turut pernah dinobatkan sebagai Pelakon Baru Wanita Terbaik Anugerah FilemFare menerusi filem Om Shanti Om.

Bertuah Mr Ranveer Singh bakal memperisterikan Padukone kerana wanita ini antara jelitawan yang cukup berpengaruh di dunia! 

SGMS Faida