“Ini ke Tanda Orang Nak Bercerai?” – Bersungguh Bella Astillah Hargai Aliff Aziz… Tulis Surat Cinta, Beli Kasut Sedondon & Bunga Sempena Birthday

Adik pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah memuat naik video memaparkan kakaknya itu bersungguh-sungguh demi membuat suaminya, Aliff Aziz bahagia.

Dalam video dimuat naik di Instagram itu, Bella dilihat membeli jambangan bunga serta kasut sedondon untuk dipakai bersama suami tercintanya itu.

Bukan itu sahaja, Bella turut menulis surat kepada Aliff dengan wajahnya memaparkan sepenuhnya rasa cinta.

“Happy birthday love. Saya doakan semoga awak sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.

“Dah 11 tahun kita sambut hari jadi awak. Kenapa saya wish hari ini? Sebab saya nak jadi orang pertama yang wish!

“We love you so much, Daddy,” tulisnya dalam surat tersebut.

Sementara itu, Didi di ruangan kapsyen hantaran tersebut meminta netizen untuk menilai sama ada tindakan Bella yang bersungguh-sungguh dalam rumah tangganya itu adalah orang yang mahu untuk bercerai.

“Ini ke tanda-tanda orang yang memang nak macam Kak Long (Bella) ni.

“Dia punya effort untuk birthday abang (Aliff) siap beli kasut sedondon… sampai harini kasut tu tidak dipakai pun..

“Korang nilai lah sendiri…,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sebak melihat kesungguhan Bella yang tulus mencintai Aliff meskipun sering kali suaminya itu berlaku curang.

Sebelum ini, Didi mendedahkan bukti perbualan mesej dipercayai antara Aliff dan Ruhainies yang mengatakan podcast tular itu bertujuan untuk menjatuhkan Bella.

Bukan itu sahaja, Didi turut berkongsi foto-foto memaparkan Aliff, Bella dan anak-anak bercuti di Pulau Pinang pada Januari lalu, sebagai bukti menepis dakwaan rumah tangga mereka bergolak sejak November 2023 seperti diakui okeh aktor tersebut.

Dalam temu bual podcast itu, Aliff mendedahkan bagaimana keadaan saat isterinya, Bella Astillah ‘ditangkap’ curang serta aktor ini turut mengakui menyesal meluahkan masalah rumah tangganya kepada Ruhainies sehingga membuatkan mereka menjadi lebih rapat.

Terdahulu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu dalam sebuah kondominium mewah.

Susulan isu tersebut, Bella telah memfailkan penceraian pada 13 Mac lalu, namun pada perbicaraan kedua Aliff enggan menceraikan isterinya pada 4 April lalu kerana masih sayang akan rumah tangganya itu.

Sebelum itu, Bella pula mengakui menjalinkan hubungan cinta bersama aktor, Muaz Zabir sejak Oktober lalu demi membuatkan suaminya itu cemburu.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila muncul wanita mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine yang membongkarkan mesej perbualan antara Aliff dan Ruhainies.

Artikel Berkaitan: Bongkar Bukti Perbualan, Didi Astillah Dakwa Penjelasan Aliff Aziz Di Podcast Dirancang Bersama Ruhainies Untuk Jatuhkan Bella Astillah – “Dia Berubah Sejak Mereka Shooting”

Artikel Berkaitan: Sering Persoal Diri Sendiri Kenapa Selalu Curang, Aliff Aziz Akui Perlu Dapatkan Bantuan Pakar – “Mungkin Saya Akan Hilang Keluarga Buat Selamanya”

Artikel Berkaitan: “Kalau Dapat Putar Balik Masa, Saya Tak Akan Cerita” – Hubungan Dengan Ruhainies Berputik Selepas ‘Curhat’ Masalah Rumah Tangga, Aliff Aziz Akui Menyesal

Artikel Berkaitan: Sikap Bella Astillah Mula Berubah, Terdetik Nak Periksa ‘Archive Chat’… Aliff Aziz Bongkar Malam Kejadian Isteri ‘Kantoi Curang’ – “Hati Saya Remuk, Tapi Ini Kifarah”

Artikel Berkaitan: “Saya Rasa Takut Nak Dengar Suara Dia, Tak Tahu Nak Mulakan Perbualan Macam Mana” – Lebih 40 Hari Aliff Aziz Tak Berhubung Dengan Bella Astillah & Anak-Anak

Artikel Berkaitan: “Saya Hanya Menjadi Pendengar Keluhan Bella Astillah” – Muaz Zabir Mengaku Silap, Tiada Niat Runtuhkan Rumah Tangga Rakan Artis

Artikel Berkaitan: “Saya Rasa Takut Nak Dengar Suara Dia, Tak Tahu Nak Mulakan Perbualan Macam Mana” – Lebih 40 Hari Aliff Aziz Tak Berhubung Dengan Bella Astillah & Anak-Anak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Marah, Kebencian & Penyesalan”

Artikel Berkaitan: Ruhainies Sedih Skrip & Jalan Cerita Drama Lakonan Bersama Aliff Aziz Seakan Sama Dengan Kontroversi Dihadapainya Kini – “Tak Pasti Kebetulan Atau…”

Aqilah Paharuzi