22 Tahun Cari Penyanyi, Akhirnya Izzmad Harun Jadi Pilihan

Komposer Izzmad Harun, Shaharin Ahmad mengaku dia menunggu masa 22 tahun untuk mencari penyanyi sesuai membawakan lagu ciptaannya.

Menurut komposer yang dikenali sebagai Bayeng Black ini, dia memberitahu dia mula mencari penyanyi tepat untuk membawakan karya ini.

“ Saya masih ingat saya duduk di atas bumbung di sebuah rumah kedai di Taman Putra Ampang. Saya pegang gitar kapuk sambil mencari melodi yang sesuai.

“ Jujurnya, saya mula tertarik dengan suara Izzmad ketika mendengar dia menyanyikan lagu Nilai Kasih, runut bunyi untuk sebuah drama sedikit masa lalu.

“ Lagu ini sangat dekat dengan realiti kehidupan individu yang pernah ditinggalkan oleh pasangan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Bisa Pertama di Hotel Ibis Klcc, hari ini.

Dalam masa sama, Bayeng Black yang juga merupakan pengasas Ayam Golek Baling ini berharap Bisa Pertama dapat bergelar finalis Anugerah Juara Lagu pada tahun depan.

Bisa Pertama turut mendapat sentuhan bersama Hadi Hassan diiringi dengan penyanyi koir.

SGMS Faida