Featured By: Aqilah Paharuzi March 28, 2023 @ 5:25pm

“23 Hari Tak Jumpa Anak-Anak, Telefon Pun Tak Dibenarkan” – Farid Kamil

Pelakon, Farid Kamil mendedahkan hampir sebulan tidak berjumpa anak-anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Menurut Farid, dia tidak berputus asa dan menegaskan mahu menyelamatkan rumah tangganya, terutama hubungan bersama anak-anak.

ā€œSaya harus menyelamatkan isteri dari terus diperlakukan sebegitu. Saya sayangkan anak-anak kerana tanpa isteri saya, saya tak dapat jumpa anak-anak saya.

ā€œSaya tidak dibenarkan jumpa anak selama 23 hari dan telefon pun tidak dibenarkan. Jadi hari ini saya cuba menyelamatkan keluarga saya walaupun saya tahu itu kesalahan orang luar,ā€ katanya.

Ketika ditanya adalah dia bakal memfailkan nusyuz terhadap Diana, pelakon filem Anwar: The Untold Story ini menyerahkan perkara itu kepada pihak mahkamah.

ā€œMahkamah akan putuskan hal tersebut. Saya berserah kepada Allah kerana benda ini membabitkan hukum hakam Islam dan saya tak boleh buat keputusan sendiri,ā€ katanya.

Sebelum beredar memasuki kereta, isteri Farid, pelakon Diana Danielle sempat berkongsi keadaan anak perempuan, Nur Aurora yang dipercayai dalam keadaan trauma.

Satu perjumpaan antara Farid dan Diana bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP) telah berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari Shah Alam, pada pagi Selasa.

Farid tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengn membawa jambangan bunga mawar untuk isterinya danĀ sebentuk cincin sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11.

Sementara itu, Diana hadir lebih awal iaitu pada jam 8.55 pagi dengan memakai baju berwarna hitam ditemani pengawal peribadinya.

Kira-kira lebih 30 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di perkarangan mahkamah seawal jam 7 pagi tadi untuk membuat liputan.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Kredit foto: Mohd Adzlan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 29 Nov 2019

Lofa Nafi Kahwin Tahun Depan

Orang cantik macam Lofa, mesti orang selalu sibuk nak suh kawin kan? Eh!

Hiburan Sun, 25 Feb 2018

Pelakon India SrideviI Meninggal Dunia

Mendiang menghembuskan nafas terakhirnya di sisi suami, Boney Kapoor dan anak perempuannya Khushi.

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

Peserta Hero Oven 2 Bengang

Adam,Ā bekas peserta program Hero Oven musim kedua, baru-baru ini dihambat kontroversi apabila meluahkan rasa terkilannya dengan rakyat Malaysia yang gemar menyentuh isu status halal sesuatu makanan.

Automobile Thu, 6 Dec 2018

Rent a SOCAR and Get Fried Chicken Too!

It’s a great combo for sure.

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

é‚£č‹±ēŽ‹č²ä½Žč°ƒåŒę”†ē–‘合体äøŗę˜„ę™šå½•åˆ¶ę­Œę›²

ę—„å‰ęœ‰ē½‘友åœØå¾®åšę™’å‡ŗé‚£č‹±ēŽ‹č²åˆå”±ę­Œę›²å½•éŸ³å®Œęˆä¹‹åŽēš„合影ļ¼Œę®ę‚‰ļ¼Œäø¤äŗŗ将åœØå¤®č§†ę˜„ę™šäøŠåˆå”±ć€Šé‡é€¢ć€‹ļ¼Œäøå°‘ē½‘友ēŗ·ēŗ·č”Øē¤ŗęœŸå¾…äŗŒäŗŗēš„åˆä½“ć€‚

Featured Tue, 25 Apr 2023
Trending Thu, 11 Oct 2018

Ditipu Teman Lelaki, Lihat Tindakan Gadis ā€˜Kentalā€™ Ini!

Tak semua benda yang kita rancang tu akan jadi kenyataan. Betul, hati manusia ni berubah-ubah. And betul, tak semua lelaki ni trash. Tapi lelaki yang aku dapat ni trash. Thanks bruh…