Categories: HiburanSelebriti

INI SEBAB KENAPA SAHARUL RIDZWAN TERHARU

Saharul Ridzwan menyatakan rasa bersyukurnya apabila doanya selama ini telah pun dikabulkan. Menerusi video yang dikongsikan dilaman instagram miliknya, Ali yang baru sahaja berusia 6 bulan itu telah menyebut perkataan  Allah beberapa kali selepas mendengar laungan azan. 

 

Menurut Saharul Ridzwan, dia pernah berdoa agar perkataan pertama yang keluar dari mulut anaknya itu adalah Allah. Malah, pelakon Zahir Tak Terucap ini juga menyatakan rasa syukurnya kerana, doa yang dimintanya selama ini telahpun dimakbulkan.

Dan, rata-rata pengikut dilaman instagram milik Saharul Ridzwan merasa kagum dan menyifatkan moment sebegitu amatlah bermakna terutamanya buat pasangan ini. 

Saharul Ridzwan telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada 16 September 2016 dan telah dikurniakan cahaya mata bernama Muhamad Luth Ali.

 

Salma Syahbuddin