Categories: HiburanSelebriti

Soal Berhijab, Sarah Minta Doakan Yang Terbaik!

Syukur Alhamdulillah, penyanyi Siti Sarah bersyukur bakal menjadi tetamu Allah buat kali kedua, Isnin depan.

Bakal ditemani suaminya, Shuib, Sarah juga bersedia terima soalan mengenai penampilannya selepas pulang dari Umrah nanti.

“ Dalam soal ini, saya tidak mahu fikir apa pandangan orang. Saya serahkan kepada Allah. Apa pun, doakan saja yang terbaik untuk saya.

“Baik atau buruk semuanya daripada Allah. Apa saja saya lakukan itu antara saya dengan Allah,” katanya di majlis doa selamat dan kesyukuran bersempena keberangkatan ke Makkah.

Tambah Sarah, pemergiannya kali ini adalah lebih istimewa kerana bersama suami tercinta.

“ Alhamdulillah… Ini rezeki. Perancangan ini dibuat sejak hujung tahun lalu, namun tertunda disebabkan komitmen kerja. Kali ini, Allah permudahkan perancangan kami.

“Saya juga teruja kerana pertama kali dapat menyambut Ramadan di sana.

“ Sebelum ini saya mendengar cerita dan pengalaman rakan saja, insya-Allah kali ini saya dan suami dapat merasai sama,” katanya yang turut berangkat ibu mentuanya.

Dalam masa sama, Siti Sarah berkongsi apa yang paling penting sekarang persediaan dari segi mental dan fizikal.

“Walaupun saya kali kedua, tapi yang pertama untuk suami. Dalam masa, jarak waktu juga jauh berbeza dan sudah banyak perubahan di sana,” akhirinya.

SGMS Faida