“7 Tahun Blocked, Unblocked” – Isteri Remy Ishak Kongsi Momen Manis Bersama, Video Pregnancy Reveal Curi Perhatian

Isteri pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof berkongsi sebuah video memaparkan momen-momen manis mereka bersama di TikTok miliknya.

Apa yang menarik perhatian adalah dalam video berdurasi 1:41 minit itu, Ezza turut memuat naik reaksi Remy ketika mendapat tahu isterinya mengandung.

Berdasarkan video tersebut, wajah aktor filem Harum Malam ini terkejut dan seperti tidak menyangka bakal menimang cahaya mata.

Di ruangan kapsyen, pasangan sejoli ini sedang menanti kelahiran anak sulung mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Menurut Ezza, tanggal 21 Ogos depan mereka genap dua tahun menjadi pasangan suami isteri.

“7tahun kenal block unblock.. Next month 21 Ogos 2023, dua tahun as husband and wife.

“Insya-Allah, tak lama lagi baby junior. Allah sebaik-baik perancang.

“Kucing hitam itu nama dia Jojo, saksi perjalanan kami dan Alhamdulillah panjang umur dia masih bersama kami.. nak dapat adik dah dia,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat kisah cinta antara Remy dan Ezza serta tidak sabar menantikan zuriat mereka.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 57,000 tontonan, 5,000 tanda suka dan lebih 70 komen.

Sekadar info, Remy dan Ezza berkahwin pada 21 Ogos 2021 dan kini sedang menanti cahaya mata sulung yang dijangka lahir, Ogos depan.

Aqilah Paharuzi