Aksi Wanita Menari Gelek Depan Orang Ramai, Caprice Tampil Bersuara

Baru-baru ini, tular di laman media sosial TikTok seorang wanita sakan menari gelek semasa menjadi penonton di sebuah rancangan nyanyian televisyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Menari Gelek Depan Orang Ramai… Aksi Wanita Ini Dikecam, Netizen Dakwa Tiada Rasa Malu

Terbaharu, pempengaruh media sosial, Caprice tampil memberi teguran kepada wanita tersebut.

“Pertama kali, tiada siapa yang sempurna dan kita faham ada masa untuk bekerja, ada masa untuk beribadah dan ada masa untuk kita enjoy. Kita faham itu semua sifat manusia.

“Kalau nak enjoy sangat biar bertempat. Sepanjang saya membuat persembahan di kelab malam semua ni, tak pernah lagi saya nampak seorang perempuan cuba lompat atas orang, ilmu lompat atas orang ni Zouk pun kalah.

“Kalau nak buat dosa, buat seorang sahaja, jangan jemput orang, jangan rakam dan paling penting taubat,” katanya.

Hantaran tersebut meraih pelbagai respons wargamaya yang setuju dengan teguran Caprice malah, ada juga yang memberi pendapat wanita tersebut terlalu seronok sehingga lupa akan aibnya sendiri.

“Aku rasa dia excited sangat tu Caprice.
Sometimes when kita excited sangat, kita boleh lupa orang sekitar kita. Selepas tengok video ni balik, aku rasa dia insaf atau mungkin malu. Tapi kalau still tak malu, tak tau lah aku.

“Exactly Cap. Totally embarrassing. Tak perlu tunjuk skill terkinja-kinja macam tu lah. Esok yang bertudung dapat nama kurang baik. Perwatakkan kene sama dengan peribadi. Jagalah maruah ibu bapa setinggi tinggi langit biru,” ujar netizen.

Nurul Hana