7 Wanita Paling Berpengaruh Sempena Hari Wanita

Selamat Hari Wanita buat wanita-wanita di luar sana! Tahukah anda, 8 Mac setiap tahun adalah hari yang dikhaskan untuk meraikan wanita-wanita seluruh dunia. Sempena Women’s International Day hari ini, kami nak senaraikan beberapa wanita paling berpengaruh di Malaysia.

1) Shila Amzah

Pernah mewakili Malaysia di Asian Music Festival 2018 yang berlangsung di Shenzhen Bay Sports Center, China. Pada 2013, beliau muncul sebagai anak Melayu pertama tercalon di World Music Awards selepas memenangi. Asian Wave yang mana beliau juga merupakan satu-satunya penyanyi Melayu yang diundang ke Global Chinese Music Awards (GCMA).

2) Yunalis Zarai

Bakatnya dikesan menerusi laman Myspace dengan kehebatannya menyanyi dan bermain gitar. Dengan bakat yang ada, beliau disunting oleh label antarabangsa, Fader Label. Pernah berduet dengan bintang terkenal, Usher menerusi lagu Crush yang menaikkan namanya di persada antarabangsa. Malah lagu itu menduduki tempat ketiga di carta Billboard Adult R&B di Amerika Syarikat (AS). Beliau juga menjadi penyanyi Malaysia pertama dicalonkan di Anugerah BET di AS menerusi lagu Crush.

3) Datin Vivy Yusuf

Ikon fesyen terkenal ini merupakan pengasas bersama Fashion Valet dan pengasas dUCk. Pada 2016, beliau menerima anugerah Usahawan Muda dari gala The Queen of Malaysia at Tribute to Women Malaysia. Pendek kata, apa yang disarungkannya dan dijual pasti menjadi ikutan para penggemarnya.

4) Zee Avi

Penyanyi kelahiran Malaysia ini mengecap kejayaan di Amerika Syarikat apabila album pertamanya berjudul Zee Avi berada di tempat kedua di carta Billboard Heatseekers pada 2010. Tidak terhenti di situ, album keduanya berjudul Ghost Bird berjaya menduduki tempat pertama di dalam carta yang sama. Zee Avi juga penerima Anugerah Brandlaureate Legendary Brand Icon Leadership Award pada Oktober 2012.

5) Dr Amalina Bakri

Kejayaannya mendapat keputusan cemerlang 17 A1 dalam SPM sehingga kini masih menjadi bualan masyarakat. Dr. Amalina memang tak pernah dapat keputusan exam selain gred A. Beliau juga meneruskan pengajian di Imperial College London pada Ogos 2015 untuk menjadi seorang doktor pakar bedah dan felo akademik klinikal di bawah naungan NHS Healthcare Trust. Hebat bukan?

6) Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin

Kejayaan penyanyi kesayangan ramai ini tidak boleh dibilang dengan jari. Terlalu banyak! Sebelum menempa sebagai Voice of Asia 2002, Siti terlebih dahulu membolot Anugerah Emas dalam Asia New Singer Competition Shanghai Asia Music Festival yang diadakan di Shanghai, China pada tahun 1999. Ibu kepada Siti Aafiyah ini berjaya menerima lebih dari 200 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara. Salute!

7) Neelofa

Pengasas yang juga pengarah NH Prima International, Noor Neelofa Mohd Noor sememangnya layak bergelar antara jutawan muda di Malaysia. Neelofa pernah diundang ke sidang kemuncak Forbes Under 30 yang diadakan di Boston, Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2017. Merupakan idola fesyen, pengacara dan pelakon jelita ini. Pada tahun 2015, BBC News mendedahkan jualan Naelofar Hijab sebanyak RM50 juta dan jenama ini terjual di 38 negara dan berjaya memasuki pasaran Singapura, Brunei, London, Australia, Belanda dan Amerika Syarikat. Tahniah!

SGMS Enal